Monday 28 January 2013

Persetiaan KITA

(tajaan)



DnT jalan pilihan 
penuh dugaan jua cabaran
kerna manusia perlu dimanusiakan
demi menyedari hakikat keimanan
lantas
menyantuni  itu satu kemestian
kerna ia kan memberi kesan
masa kini jua hadapan

Ukhtiku sayang
gegar dakwahmu menyapa kalbu
derap langkahmu menyedarkan aku
amanah ini berada di pundakku
menuju Islam Gemilang seperti dahulu
mewarisi sunnah perjuangan Rasulku

Ukhtiku,
di mana pun keberadaanmu
di mana jua keberadaanku
hati kita kan tetap menyatu
kerana Allah telah menerangkan padaku
orang beriman hatinya bersatu

Kerna itu ukhtiku,
tak pernah ku sesali mengenalimu
takkan ku lupa pengorbananmu
kan ku ingati bai'ah kita dahulu
menuju kebenaran yang satu
merasa izzah dengan Islam, agamaku!

DIA pilihanku! Muktamad (titik)



Anda Menyaksikan? Anda Bersaksi? Anda Memberi Kesaksian? Anda Bersumpah?

(tajaan)
Hari ini, Islam yang kita anuti adalah hasil daripada perjuangan insan-insan terdahulu yang mewarisi sunnah perjuangan Rasulullah SAW dalam melaksanakan tugas dakwah dan menyampaikan risalah tauhid kepada umat manusia. Justeru, sebagai seorang mukmin seharusnya kita sedar peri pentingnya amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dalam menjadi rantai- rantai penyambung kepada usaha ini. Setiap yang bergelar muslim sudah pasti melafaz kalimah syahadah yang menjadi berada di kedudukan teratas Rukun Islam. Namun, sejauhmanakah penyaksian kita terhadap ucapan itu mewarnai kehidupan? Tepuk minda, tanya jiwa, iman menjawab!


Sabda Rasulullah SAW:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah DARIKU (yakni daripada Rasulullah SAW) walau hanya satu ayat”
[HR Al-Bukhari 3/1275 no 3274]



(tajaan)

Harus kita ingat bahawa syahadah yang dilafazkan bukan sekadar ucapan, bukan jua sekadar ibadah, bukan jua sekadar memenuhi Rukun Islam, tetapi ia adalah tanggungjawab DAKWAH untuk disampaikan.  Sedarkah kita bahawa hakikat keimanan kita, hakikat ibadah kita terserlah apabila kita menyampaikan ajaran Islam kepada mereka yang lain. Kerana, jika benar kita beriman, jika benar kita beribadah, kita pasti akan menyampaikan risalah Tauhid ini kepada sekalian umat manusia yang menantikan hati mereka digoncang badai kefahaman ajaran Islam. Jalan ini mungkin bukanlah pilihan ramai manusia, namun bersyukurlah kita jika menjadi salah seorang jundi-Nya kerana ingatlah bahawa setiap yang kita laksanakan di dunia akan dihisab di akhirat sana. Maka, menjadi kewajipan kita untuk menyampaikannya agar kita bisa menjawab persoalan demi persoalan yang bakal dilontar di akhirat kelak. Kita akan punya bukti pelaksanaan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kita bisa mengelak kedahsyatan api neraka. Ia usaha kita demi mencapai redha-Nya dan syurga abadi yang diimpikan sekalian manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

“ Jika Allah SWT memberikan hidayah kepada seseorang lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada dunia dan seisinya.”
( Hadis Riwayat At Tabrani)


Justeru, apa yang kita harapkan dengan kehidupan dunia. Semua manusia sedar hakikat dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi selamanya. Namun, sejauhmana kita menjadikan dunia sebagai alat, bukan matlamat? Sejauhmana kita menjadikan akhirat adalah matlamat? Apakah kesementaraan di dunia menjadikan kita leka dan alpa? Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu."
(Maksud at-Taubah:111-112)

“Dan kami jadikankanmu (wahai umat Muhammad) satu ‘umat pertengahan’ , supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (sebagai SAKSI, tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatanmu”.
(Maksud al-Baqarah: 143)


Jelas dan nyata, kita merupakan penyampai kepada sekalian manusia atas apa yang kita imani kerana hati- hati mereka perlu untuk disedarkan, jiwa- jiwa mereka perlu untuk diisi, amal ditingkatkan, iman menghiasai & takwa perisai diri. Benar, memanusiakan manusia yang sudah lama bergelar manusia bukanlah mudah, namun bukan alasan untuk menyerah sebelum berdakwah kerana Allah telah menyediakan jalan sebagai penunjuk arah.



(tajaan)
Ayuh, laksanakan 4 langkah, oraklah langkah walaupun payah.


1. CINTA


(tajaan)
                                          
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبّاً لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).”

(al-Baqarah: 162)


“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.”
(Maksud al-Anfal:2)



2. REDHA


(tajaan)
                                           

وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيماً حَكِيماً
“Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)”.

(Maksud al-Insaan: 30)




3. IMAN


(tajaan)

وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَمِيثَاقَهُ الَّذِي وَاثَقَكُم بِهِ إِذْ قُلْتُمْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

“Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada”.

(al-Maidah:7)



آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

(al-Baqarah: 285)




4. PERUBAHAN

(tajaan)
                                       
صِبْغَةَ اللّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

(AL-Baqarah: 138)




Bermula dengan keCINTAan yang sepenuhnya kepada Allah, yakni tiada yang lain yang kita rindu, kita cinta, kita ingati, kita ingin dekat melainkan ALLAH SWT akan membenihkan perasaan REDHA di dalam hati setiap manusia. Perasaan ini akan mewujudkan keIMANan yang mantap di dalam jiwa seterusnya menjadikan PERUBAHAN berlaku di dalam kehidupan kita. Ia terpancar melalui perilaku, perasaan, pemikiran dan keyakinan kita.


(tajaan)
                              
Sekarang bukan masa untuk menggaru kepala, bukan jua untuk menghadap muka, melainkan untuk terus bergerak memikirkan cara, agar risalah Tauhid diedar jua, kepada setiap insan bernama manusia, di setiap ceruk keliling dunia kerana kita takkan tahu, hayat kita sehingga bila!

(tajaan)
                                      
Jangan sampai kelak dirimu membisu tanpa suara apabila kakimu diheret sama menuju neraka mengurangkan penghuni syurga hanya kerana tiada bukti pelaksanaan syahadah yang diucap di dunia!!

-a'yun- @ SH

Sunday 20 January 2013

Monolog Seorang Aku!

kerana Aku adalah Aku
yang berusaha menggapai Aku
kerana Aku tahu atas usahaku
Aku mampu menjadi Aku
walau siapapun Aku
Aku yakin Aku mampu
kerana Aku adalah Aku

saat Aku melangkah
Aku sedar dalam akuanku
Aku yakin dalam pendirianku
Aku teguh dalam kepercayaanku
kerana Aku adalah Aku

biar apa jua dikatakan padaku
Aku tetap berada di sisiku
kerana Aku tahu
Aku punya yang lebih tahu
Aku yakini kebenaran itu
izzah dengan yang punya Aku
kerana siapa Aku tanpa Dia

meski lelah jua payah
semua itu Aku tak kisah
meski sakit jua perit
semua itu menjadi merit
buat Aku di sana nanti
menjadi bukti perjalanan ini

lantaran Aku tetap Aku
Aku punya amanah itu
Aku terima lafaz itu
dari mula hingga akhirku
kerana Aku tahu
siapa Aku di sisi-Mu
siapa mereka di sisiku
yakinku, Aku adalah Aku!


_a'yun_






Thursday 17 January 2013

Kerana Mereka Adikku!!!

                                                               (tajaan)

Saat & detik  ini, pelbagai cabaran dan dugaan menimpa mereka dalam usaha membuktikan lafaz kalimah syahadah yang mereka yakini selama ini. Muslehah?? Mudah untuk ditutur pada kata, sakit untuk dilafaz pada rasa. Jannah mengatur langkah menuju ke bilik Roza. Meluahkan sekian perasaan yang terbuku di jiwa. Meskipun Roza lebih junior, namun amat mudah untuk berkongsi perasaan ini dengannya.

"Assalamualaikum Roz, buat apa tu?"

Salam dijawab dan disambut dengan senyuman. Jannah duduk di pinggir katil sambil memulakan perbualan. Pelbagai perasaan yang dikongsikan kepada sahabatnya yang satu ini. Betapa bebanan tugasan, kuliah ganti yang tiba- tiba, dan pada masa yang sama Jannah perlu untuk mengendalikan BUGEM (Bulatan Gembira) bersama anak- anak usrahnya. Bagaimana mungkin dia hanya berlepas tangan sedemikian rupa. Kasih, sayang & rindunya kini semakin mendalam buat mereka. Disampaikan jua perasaan itu kepada usrahmate yang lain. Apa yang terdaya, yang lain hanya mampu membantu dengan menggantikan Jannah sebentar kali ini untuk usrah minggu ini. Namun, Jannah bagaikan tidak sampai hati untuk melukakan hati suci murni mereka dengan ketidakhadirannya nanti. Namun, Jannah nekad, walau apa jua yang terjadi, dia pasti akan menemui mereka, mungkin bukan hari ini, tapi esok atau pada masa yang Allah telah tetapkan mereka untuk bertemu. InshaAllah. Penuh pengaharapan Jannah berdoa di dalam hati. Hanya KERANA MEREKA ADIKKU!!!


Allah menyatakan dalam surah al-Ankabut ayat yang kedua: 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."



(tajaan)


Sesungguhnya, tiap daripada manusia yang mengaku dirinya beriman, sudah pasti akan menerima ujian. Kerana apa ujian itu ada?? Ya, untuk melihat sejauhmana tahap pergantungan kita pada-Nya. Untuk memerhati tahap kesukuran manusia terhadap nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Tak perlu untuk kita bersedih andai wujud kesakitan demi kesakitan yang menghimpit dalam hidup. Kerana harus kita ingat, semakin berat ujian yang kita tanggung, semakin Allah dekat dengan kita, semakin Allah sayang dengan kita. Ingatlah bahawa, Allahu yuhibbussobirin!!! Allah mencintai orang-orang yang sabar. Kesedihan, kesakitan dan ujian yang Allah anugerahkan kepada kita merupakan satu penguat semangat kepada kita. Momentum gerak kerja kita akan terus meningkat. InshaAllah, andai kita sentiasa mengamalkan BERSANGKA BAIK & OPTIMIS!!! Allah tidak pernah memandang rupa, harta, pangkat & apa jua material, namun Allah memandang hati yang penuh keimanan & Taqwa!!!

Ayuh, sama- sama ubah minda luka kepada ceria, hati durjana kepada bahagia, ingat amanah Allah buat kita hamba-Nya, amalkan sunnah Rasulullah tauladan buat umatnya :)



(tajaan)



Yakinlah!!! Penuhi alam & persekitaran anda dengan senyuman & cahaya kehidupan daripada sinar keimanan. Allah sentiasa bersamamu!! Begitu jua sahabat- sahabatmu!!

_A'yun_




Monday 7 January 2013

"Infiru Fisabilillah vs Saqoltum ilal ardhi"


Alhamdulillah, kita masih bernafas & bernyawa hingga ke saat ini. Dalam sedar tak sedar, diri masih tertanya-tanya, benarkah aku dah buat kerja ni seserius mungkin?? Betul ke aku berserah sepenuhnya kepada Allah dalam apa jua keadaan. 2013, 1001 azam baru dicatat oleh sekalian makhluk di muka bumi ini. Tidak terlepas para dai'e. Berazam sepenuhnya untuk memasakkan diri di jalan ini. Mengukuhkan lagi keteguhan di setiap mehnah yang mendatang. Melebarluaskan lagi diameter bulatan gembira masing-masing. Mengatur jutaan strategi untuk mengorek serta mendapatkan logam-logam yang sangat bernilai harganya. Para dai;e ini memegang teguh tanggungjawab dalam menyebarkan risalah Allah, meneruskan perjuangan Rasulullah.

Namun, dalam satu sudut yang lain wujud para hati yang sedikit berbeza. Mereka yang masih merasakan keterpaksaan dalam menjunjung risalah perjuangan ini. Mereka yang masih dibuai keenakan dunia. Sebab kenapa? Kerana apabila dikatakan kepada mereka, "Infiru Fisabilillah" berangkatlah ke jalan Allah, tiba-tiba "Saqoltum ilal ardhi".. tiba-tiba kamu merasa berat. Lalu Allah menyatakan, "Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia daripada akhirat?"



A038


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. 
(At-Taubah: 38)


Jadi, ayuh sama- sama kita refresh balik. Kenapa & mengapa kita berada di sini. Kerana jalan ini bukan untuk mereka yang manja dengan nafsu dan kehidupan dunia. Jalan ini tidak akan sesekali menghamparkan karpet merah, tiada taburan bunga di sepanjang jalan mahupun kereta mewah menjempt di jalan, melainkan tabiran duri-duri yang memerlukan kesabaran dan kecekalan serta keteguhan dalam menghadapinya. Jadi, tugas kita adalah bersama-sama untuk melahirkan dan membina individu yang akan sama-sama berjuang di jalan ini. Yang akan menjadi pewaris terhadap penyebaran risalah Tauhid, rantai-rantai dalam perjuangan dakwah Rasulullah. Kenapa? Kerana kita takkan selama-lamanya berada di muka bumi ini. Andai peninggalan kita nanti tanpa penyambung, ummat bisa jadi lebih parah. Kerana umat sekarang tersangat-sangat memerlukan sentuhan jiwa-jiwa, perlu untuk disantuni, perlu untuk dirawati.

Ingatlah, jawapan Allah kepada mereka yang masih merasa berat ini, 

A039

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(At-Taubah: 39)

Hakikat kehidupan manusia, kita tak nak kalah kepada orang lain. Kalau kita terpilih sebagai pelajar cemerlang, terpilih sebagai antara calon pendebat yang akan  mewakili kampus ke peringkat global, tapi pada masa yang sama kita malas nak berlatih. Kita Merasa berat nak berkorban tenaga dan wang ringgit untuk menyiapkan diri, dan akhirnya jurulatih kita menggantikan kita dengan orang lain, mungkin sahabat kita, adik-adik kita, sesiapa sahaja di sekeliling kita yang lebih serius, yang lebih berminat dan yang sanggup berkorban segalanya untuk menjayakan misi debat, pastinya kita akan tergolong dalam golongan yang rugi.  Nak ke kita diganti oleh orang lain?? Tepuk kepala, tanya hati,..k!! Demikianlah juga dalam misi dakwah kita, misi kita merawat ummah. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dan ia hanya akan dapat dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar meyakini hakikat perjuangan ini, bukan si anak manja yang mencintai dunia dan seisinya daripada mendamba kemewahan abadi di akhirat sana.

Mungkin ada orang kata, 'e'leh, tokseh nak mimpi la. Kome takkan dapat ape pon'. ''suka ati ko la nak buat apa pon, takde kaitan dengan aku'. 'eh, minah tu berkobar-kobar citer kat junior tentang ukhuwwah. Bajet nak sokongan nak jadi MPP la tu nanti'. 'eh, dia tu kan, penyibuk betol. dah memang kita tau Islam tu akan  menang, tapi masih juga nak usaha kuat konon. Kan Allah akan pelihara agama ini'.

Pelbagai persepsi manusiawi yang akan kita lihat, dengar dan alami. Namun hati dan kekuatan jiwa kita yang akan menetukan segalanya. Apakah pergantungan kita kepada Allah sudah benar-benar cukup dan 1000% untuk kita bisa melangkah lebih ampuh di jalan ini. Ingat dan optimislah, Allah memberikan kita peluang untuk menambah amal bagi merebut syurga-Nya.


Cukupkah untuk kita hanya terus mengharap tanpa melaksana? EXAM. Ya, semua menjalankan persiapan semaksima mungkin. Semua berusaha bersungguh-sungguh. Semua orang berkorban wang beli buku, masa untuk ulangkaji, sakit kepala memikirkan ketakutan gagal!

Tapi, dalam dakwah, tak ramai yang sanggup berkorban harta, jiwa dan raga. Benar, insan-insan yang berada di jalan ini, andai tidak teguh iman dan keyakinannya, bisikan-bisikan kepapaan akan menguasai, papa dalam kewangan, papa dalam belajar dan papa dalam persahabatan. Tapi ingatlah, ketika Allah berfirman:


"Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin" .
(Surah As-Saff :61: 10-13.)


Justeru, apalagi yang ingin kita fikirkan. Janji Allah pasti. Ayok, keluarkan modal anda sekarang, bonusnya berlipat kali ganda. Dapatkan segera tawaran istimewa!!!

_A'yun_

Friday 4 January 2013

Sabran Aali Yasir


"....Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah, begitulah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan dirahmati Allah..."

Mulakan kehidupan awda (pinjaman kosa kata bahasa Melayu Brunei) hari ini dengan keindahan kehidupan abadi. Mungkin tidak se"hepi" pancaindera manusia, tapi awda akan berbahagia kerana taman hati awda akan mula memekarkan bunga-bunga cinta yang tak layu di pusara kerana cinta-Nya takkan pernah pudar hingga hujung nyawa.

Adakah awda telah memulakan pembacaan di tahun baru masihi ini. Helaian ke berapakah sudah menjadi tatapan awda? Apakah awda hanya ingin mengekalkan peratusan ini untuk tahun ini juga tanpa sebarang perubahan? Tepuk tangan, tanya mata...larat ke nak membaca?? hohohoho... (pache krismas dah abes erk.)

ok! hari ni or bulan ni bukan kempen bulan membaca. Tapi bukan alasan untuk kita tak membaca kan. Cuma nak kata, bila burung dah berkicau-kicau, mereka pon sedang membaca. Kenapa? Sebab, hati mereka pon berkata-kata. Tulisan di hati perlu untuk dibaca & diterjemahkan dalam hidup.

Perkongsian hari ini, "Sabran Aali Yasir" (bersabarlah wahai keluarga Yasir.) Merungkai persoalan di minda kita,...


MENUJU KE BILIK TAHANAN 24

             Syaitan itu membawaku keluar sambil memegang lenganku, diikuti oleh dua syaitan yang wajahnya hitam pekat, masing-masing membawa cambuk. Aku berjalan melintasi berbagai bilik di penjara itu  Aku melihat ahli-ahli Ikhwan tergantung di tiang dan cambuk-cambuk mendarat di tubuh mereka....

              Aku kenal mereka semua kerana kebanyakan mereka adalah pemuda-pemuda mukmin yang bertaqwa dan suci. Mereka adalah ibarat anak-anakku dan mereka adalah orang-orang kesayangan Allah...........................................................................................................................................................

"Ibu, semoga Tuhan menetapkan iman ibu!" teriak seorang pemuda yang tergantung di kayu.

Kemudian, lampu menyinari segenap tempat dan berkilauanlah warna darah.

"Wahai anak-anakku, sesungguhnya ia adalah bai'ah Sabran Aali Yasir (bersabarlah wahai keluarga Yasir) kerana syurga sedang menanti-nantimu," kataku menaikkan semangat mereka.

...........................................

"Sabar, semuanya ini adalah di jalan Allah," kataku.

"Ya Allah, teguhkanlah iman mereka. Ya Allah, pelihara dan lindungilah mereka daripada orang-prang jahat. Andai kata bukan kerana-Mu ya Tuhan, pasti kami tidak akan mendapatkan hidayah, kami tidak mampu bersedekah dan kami tidak bersembahyang. Teguhkanlah iman kami sehingga kami kembali ke pangkuan-Mu."

"Sabarla, hai anak-anakku. Sesungguhnya ini adalah bai'ah dan syurga sedang menanti-nantimu," kataku lagi.

(Zainab al-Ghazali al-Jubaili : 2007)

Apa kata awda?

Manusia selalu kata, kesabaran tu ada limit. 
Manusia juga kata, SABAR itu INDAH.
Manusia lagi kata, SABAR itu 1/2 dpd IMAN.

Itulah MANUSIA.

Apa kata IMAN?

عن ابن مسعود: قال النبي e : الصَّبْرُ  نِصْفُ  الإْيمَانِ-  رواه  أبو نعيم

(Sabar itu sebahagian daripada Iman)


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah”
- (Surah al-Baqarah 155-157).

Jadi pilihan di tangan awda. Awda hingin menjadi manusia sebenar atau sekadar memakai terma "MANUSIA". Manusiakanlah kemanusiaan anda untuk manusia.

_A'yun_



Wednesday 2 January 2013

Secantik rupa..semanis rasa!!!

LOLLIPOPS itu MANUSIA
pelbagai jenis pelbagai rupa
kadang menceriakan, kadang menyakitkan
manisnya bisa membuah cinta
bisa jua racun berbisa

LOLLIPOPS cantik dipandang
tambah menarik jika terjaga
ditutup rapi menghalang serangga jua perosaknya

kerna itulah...
LOLLIPOPS itu MANUSIA
indah lagi menawan andai terjaga
hanya dimiliki oleh yang empunya
kan berkekalan kemanisan abadi.


Apa yang pasti, lollipops sentiasa memberikan yang terbaik kepada peggemarnya kerana pem'bikin' lollipops berkehendakkan yang terbaik di atas penciptaan lollipops kepada dunia.
Jadi, ingatkah anda kenapa MANUSIA itu di "BIKIN" a.k.a dicipta? Allah S.W.T jelas memperingatkan manusia tujuan dan sebab penciptaan. Lets check it out... ayok :)



"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesung­guhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menum­pahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?' Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)


Maka, jom refresh balik apa yang kita lupa. Manusia tu kan original fitrahnya memang pelupa jika tak diingatkan. Jadi, bukan je kita nak tanam azam baru berderet-deret tahun baru 2013 ni, tapi kita kena ingat balik apa yang kita janjikan saat kita dihantar ke muka bumi melalui ibu bapa kita. 

Wallahualam, moga bermanfaat.

~ a'yun ~