Thursday 17 January 2013

Kerana Mereka Adikku!!!

                                                               (tajaan)

Saat & detik  ini, pelbagai cabaran dan dugaan menimpa mereka dalam usaha membuktikan lafaz kalimah syahadah yang mereka yakini selama ini. Muslehah?? Mudah untuk ditutur pada kata, sakit untuk dilafaz pada rasa. Jannah mengatur langkah menuju ke bilik Roza. Meluahkan sekian perasaan yang terbuku di jiwa. Meskipun Roza lebih junior, namun amat mudah untuk berkongsi perasaan ini dengannya.

"Assalamualaikum Roz, buat apa tu?"

Salam dijawab dan disambut dengan senyuman. Jannah duduk di pinggir katil sambil memulakan perbualan. Pelbagai perasaan yang dikongsikan kepada sahabatnya yang satu ini. Betapa bebanan tugasan, kuliah ganti yang tiba- tiba, dan pada masa yang sama Jannah perlu untuk mengendalikan BUGEM (Bulatan Gembira) bersama anak- anak usrahnya. Bagaimana mungkin dia hanya berlepas tangan sedemikian rupa. Kasih, sayang & rindunya kini semakin mendalam buat mereka. Disampaikan jua perasaan itu kepada usrahmate yang lain. Apa yang terdaya, yang lain hanya mampu membantu dengan menggantikan Jannah sebentar kali ini untuk usrah minggu ini. Namun, Jannah bagaikan tidak sampai hati untuk melukakan hati suci murni mereka dengan ketidakhadirannya nanti. Namun, Jannah nekad, walau apa jua yang terjadi, dia pasti akan menemui mereka, mungkin bukan hari ini, tapi esok atau pada masa yang Allah telah tetapkan mereka untuk bertemu. InshaAllah. Penuh pengaharapan Jannah berdoa di dalam hati. Hanya KERANA MEREKA ADIKKU!!!


Allah menyatakan dalam surah al-Ankabut ayat yang kedua: 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."



(tajaan)


Sesungguhnya, tiap daripada manusia yang mengaku dirinya beriman, sudah pasti akan menerima ujian. Kerana apa ujian itu ada?? Ya, untuk melihat sejauhmana tahap pergantungan kita pada-Nya. Untuk memerhati tahap kesukuran manusia terhadap nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Tak perlu untuk kita bersedih andai wujud kesakitan demi kesakitan yang menghimpit dalam hidup. Kerana harus kita ingat, semakin berat ujian yang kita tanggung, semakin Allah dekat dengan kita, semakin Allah sayang dengan kita. Ingatlah bahawa, Allahu yuhibbussobirin!!! Allah mencintai orang-orang yang sabar. Kesedihan, kesakitan dan ujian yang Allah anugerahkan kepada kita merupakan satu penguat semangat kepada kita. Momentum gerak kerja kita akan terus meningkat. InshaAllah, andai kita sentiasa mengamalkan BERSANGKA BAIK & OPTIMIS!!! Allah tidak pernah memandang rupa, harta, pangkat & apa jua material, namun Allah memandang hati yang penuh keimanan & Taqwa!!!

Ayuh, sama- sama ubah minda luka kepada ceria, hati durjana kepada bahagia, ingat amanah Allah buat kita hamba-Nya, amalkan sunnah Rasulullah tauladan buat umatnya :)



(tajaan)



Yakinlah!!! Penuhi alam & persekitaran anda dengan senyuman & cahaya kehidupan daripada sinar keimanan. Allah sentiasa bersamamu!! Begitu jua sahabat- sahabatmu!!

_A'yun_




No comments:

Post a Comment