Wednesday 5 October 2011

"May Allah Love You as You Love Me for Him"

Jika seseorang berkata kepadamu, "I Love You because of Allah", maka katakanlah padanya "May Allah Love You as You Love Me for Him"...


kata-kata yang menceritakan kepada kita bahawa tuntutan saling mengasihi dan menyayangi sesama saudara baik seagama mahupun tidak kita adalah fitrah dalam kehidupan agar ia menjamin kesejahteraan hidup di muka bumi ini.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni:

1. Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain
2. Mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan
3. Benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka".

(HR. Bukhari dan Muslim)

Demikianlah apabila kita fahami dan teliti, Islam menyeru kita kepada CINTA. CINTA kepada ALLAH. CINTA kepada RASULULLAH.  CINTA kepada AKIDAH, CINTA kepada ad-DEEN iaitu ISLAM itu sendiri dan juga CINTA kepada MAKHLUK sebagaimana Allah menerbitkan cinta buat pasangan suami isteri sebagai sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah.

Senario pendekatan berkesan hari ini dalam menarik minat golongan remaja untuk menghadiri majlis-majlis ilmu sebagaimana yang dipraktikkan oleh ahli surau kampus ini sendiri, adalah berbicara SOAL CINTA. Baik cinta kepada Allah, Rasul dan Manusia.

Demikianlah yang dapat kita lihat, kuasa CINTA...

Baik di dalam hati seorang hamba yang berserah sepenuhnya kepada Allah
Membawa ke jalan SYURGA dan semuanya Lillahhi Ta`ala

mahupun di dalam hati insan yang `bertuhankan` CINTA PALSU
yang akhirnya menjerumuskan ke jurang derita dan sengsara...
jalan menuju NERAKA!!! (nauzubillah)

Renungan kita bersama:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri-sendiri".
(HR Hakim dari Abu Hurairah)

Tuesday 4 October 2011

kata-kata bukan sekadar ucapan

Hari ini hari yang bermakna dalam usaha memperbaiki lompong-lompong yang wujud di dalam diri. Pengajaran daripada senior tentang seni pengucapan awam yang sebenar memberi gambaran yang jelas terhadap kelemahan diri selama ini. Hasilnya, diri dapat diperbaiki, kualiti meningkat seiring kehendak hati.
Antara pengajaran yang dapat kita aplikasi:


  • Berkata-kata bukan sekadar dengan fakta, namun harus disertai gaya, untuk menarik audiens yang ada.
  • Keyakinan bukan berdasarkan kukuhnya idea, namun psikologi dalam menghadapi khalayak manusia.
  • Penuhkan ilmu di dada, fahami setiap yang ingin menjadi pokok bicara.
  • Bergurulah kepada yang pakar dan mahir dalam sesuatu perkara.

Monday 3 October 2011

peringatan untuk diri ini

dalam resah usah gelisah
dalam tersiksa usah merana
dalam kecewa usah berduka
dalam sakit usah merintih

semalam telah berlalu
hari ini sudah tersurat untukmu 
hari esok satu yang baharu
jadikanlah dirimu sentiasa tahu
matlamat kehidupan yang dianugerahkan untukmu

kerana setiap langkah itu
pasti ada destinasi yang dituju
kerana setiap jejak itu
pasti terukir memori lalu
justeru,
cambah dan suburkan ia
dengan nilai yang mulia
baik di sisi Allah yang Esa
jua di mata hati manusia...

Ekspedisi bermula...


Salam ukhuwwah pembuka bicara
buat semua pembaca
hari ini lahir ungkapan tutur pena
sekadar ingin berkongsi rasa
jua bicara hati mahupun jiwa
agar tautan ilmu sentiasa bersua
di mana jua keberadaan kita
kerana curahan ilmu sentiasa ada
di mana jua setiap masa