Tuesday 20 August 2013

Isu Mesir bukan ISLAM LAWAN ISLAM, tetapi ANTARA HAQ dan BATIL!


Isu pergolakan di Mesir kian hangat diperkatakan. Ia juga mendapat liputan meluas di seluruh dunia. FB, Twitter, blog-blog peribadi dipenuhi perihal kejadian yang berlaku saban hari dan waktu. Antara catatan menarik untuk dikongsikan bersama: 


1) 


Ini dia rencana yg dikirim oleh Prof Dr Omar Yaakub kpd Berita Harian. tidak pasti keluar atau akan keluar. Prof Dr Omar Yaakub adalah ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia

------------



Saudara Pengarang,



Saya merujuk kepada laporan bertajuk Kaherah Lengang yang tersiar dalam Berita Harian pada 16 Ogos 2013 lalu dan Perarakan bantah perintah darurat pada hari ini mengenai peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Kaherah. 
Laporan-laporan dan gambar yang disiarkan amat tidak adil kepada apa yang berlaku di sana, dipetik dari AP/AFP yang membawa agenda tersendiri Barat yang tidak suka kepada perkembangan Islam dan berjayanya aktivis Islam di dalam arena politik.

Laporan dengan menyedut bulat-bulat sepenuhnya sumber Barat ini sangat malang kerana saya yakin Berita Harian sebagai media berwibawa mempunyai tanggung-jawab besar untuk memastikan maklumat yang disalurkan kepada pembaca tepat, adil dan saksama. 

Saya ingin mencadangkan agar Berita Harian merujuk juga secara langsung kepada sumber-sumber lain yang lebih adil seperti Al-Jazeerah dan media-media rasmi Ikhwan Muslimin dan partinya, FJP sendiri.

Penelitian terhadap ribuan foto dan video yang dimuat-naik di Youtube dan laman media sosial juga memberi gambaran yang bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh AP/AFP.

Yang berlaku bukan pertempuran tetapi pembunuhan. Yang terjadi bukan keganasan penunjuk perasaan tetapi kekejaman pihak keselamatan yang menggunakan senjata dan penembak tepat ke atas kumpulan yang berkumpul di sekitar masjid. Yang terbunuh kebanyakannya bukan orang bersenjata tetapi penunjuk perasaan yang duduk membantah secara aman.

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim tentera Mesir tidak boleh diterima di atas tiga sebab.

Pertama, Islam mengharamkan pembunuhan kecuali di dalam beberapa kes tertentu. Pembunuhan beramai-ramai secara rambang yang dilakukan di medan Rabaah Khamis lepas tidak lepas dari pengharaman ini.

Kedua, sistem dan institusi demokrasi perlu dipertahankan. Di dalam mana-mana negara demokrasi, pilihan raya adalah pemutus muktamad dalam pemilihan pemimpin.

Apa yang berlaku ialah Dr. Mohamad Morsi yang dipilih oleh lebih separuh rakyat Mesir telah diturunkan dengan rampasan kuasa yang tidak demokratik, hanya dengan alasan demonstrasi jalanan yang melibatkan segelintir rakyat Mesir. Dakwaan mengatakan belasan juta rakyat berhimpun menuntutnya turun telah dibuktikan sebagai tidak benar.

Demonstrasi jalanan tidak boleh menidakkan keputusan pilihan raya yang sah, sama seperti kita tidak mungkin menerima perubahan kerajaan di Malaysia melalui demonstrasi jalanan.

Perhimpunan aman di Kaherah adalah kerana rakyat mahu menuntut keadilan dan pengembalian sistem demokrasi yang sah. Mereka duduk secara aman, bersolat, berzikir, mendengar ceramah dan berpuasa sepanjang Ramadan. Tujuan mereka ialah bantahan secara pasif, bukan agresif.

Kenapa mereka diserang secara kejam sedemikian yang patut menjadi isu dan persoalan yang dibangkitkan.

Ketiga, sebagai individu yang berperi kemanusiaan, kita tidak boleh menerima pembunuhan kejam beramai-ramai.

Bayangkan ratusan wanita, orang tua, anak-anak yang turut terkorban, ada yang terbakar hidup-hidup apabila Masjid Rabaah dibakar oleh pihak keselamatan.

Banyak video yang menunjukkan ada wanita dan lelaki yang ditembak oleh penembak tepat, walaupun mereka tidak berbuat apa-apa kecuali berdiri dan melaungkan slogan. 

Bahkan, beberapa pemberita dan jurugambar media dibunuh oleh penembak tepat kerana pihak keselamatan khuatir berita dan foto kekejaman mereka akan disebar ke seluruh dunia.

Tidak ada individu yang mempunyai nilai kemanusian boleh menerima kezaliman ini walaupun di atas alasan apa jua pun.

Semoga rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang penyayang dan prihatin dalam memperjuangkan nasib umat Islam sejagat serta umat manusia amnya. Jika kita tidak memiliki sifat keprihatinan dan kasih sayang kepada sesama manusia apatah lagi yang ditindas, kita mungkin dilupa atau disisih orang tatkala kita memerlukan pertolongan. 


Dr. Omar bin Yaakob
55, Jalan Bukit Kempas 2,
Taman Bukit Kempas,
81200 Johor Bahru






2) 


Mengapa Ikhwanul Muslimin tidak bertindak mengangkat senjata dan tidak membalas keganasan tentera dengan serangan? 


Saatnya Rasulullah berdakwah di Kota Taif, baginda dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga luka-luka badannya mengalir darah. 



Allah telah menghantar malaikat Jibril dan malaikat penjaga bukit-bukau dan gunung-ganang. Kata Jibril: "Wahai Rasulullah, Allah telah mengutuskan kami kepadamu. Kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk mentelangkupkan Mekah diantara dua bukit dan mereka akan musnah". Jawab Rasulullah Saw: "Wahai Jibril, jangan lakukannya. Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah akan melahirkan dari zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah". Rasulullah saw mendoakan kaum Taif, “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” Lalu Jibril berkata, “Telah benarlah mereka yang menamakan kamu sebagai berhati lembut dan penuh kasih sayang.




3)


Berikut ialah pendirian pemuda ikhwan ekoran penangkapan Mursyid am (ketua umum) Dr Muhammad Badi'e


juga menjelaskan pendirian ikhwan terhadap keengganan mereka utk mengangkat senjata
--------



Ulasan Pemuda2 Ikhwan ttg penangkapan Murshid: 



1) Mereka mengulangi kata2 Murshid: Revolusi kami adalah aman dan akan terus kekal aman dan keamanan tersebut lebih utuh dari peluru.



2) Tentera menggelar kami pengganas sedangkan ketika mereka menangkap Murshid, tidak sebutir peluru pun yang dilepaskan. Tidakkah itu pelik?

3) Mereka telah membunuh Imam Hasan Al Banna dan Syed Qutub, adakah kita tewas? Adakah kita mundur? Berhentikah dakwah kita? Sesungguhnya fikrah ini tidak akan berakhir dgn penangkapan Murshid.

4) Penangkapan pimpinan Ikhwan bukanlah perkara baru.

5) Jika kezaliman merampas Murshid kami sesungguhnya Iman akan menjadi Murshid kami.

Sumber: Ikhwanonline