Monday 22 October 2012

Sepektakel

Kredit
Dia mengatur langkah dengan biasa menuju ke tempat kerja. Memulakan rutin harian seperti hari-hari sebelum ini dengan penuh gigih & kesabaran demi rezeki halal utk menyara diri & keluarga yg banyak berbakti padanya. Dia menuju ke dapur mengambil cawan dan pinggan. Bukan untuk mengisi perut yg dialas sekadar sahaja seawal Subuh tadi. Namun, itulah dia, mencuci pinggan dan cawan-cawan kotor di restoran sebagai sumber rezeki. Mungkin ada manusia yang mengejeknya, badan gagah tp hanya mampu bekerja menjadi tukang cuci. Mungkin ada yang mengejeknya, "tu la, tym sekolah, tak belajar elok". Pedulikan smeua itu. Bisikan dan kata- kata manusia yang tak pernah puas daripada mencaci hina insan-insan sekitar yang pada dirinya, mereka sama. Dia juga hamba sepertinya, hamba kepada Allah S.W.T. Yang disandarkan kepada setiap manusia tanggungjawab sebagai khalifah dan untuk beribadah kepada-Nya di atas muka bumi ini.




Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.






Hmmmmm.... itu..bolehlah dia katakan sekarang. Jika dahulu, jangan harap dia akan jadi sepositif itu. Monyet Pak Mamat belakang rumah pon akan jatuh terjelepok kalo dia menuturkan kata-kata tu kat tepi rumah. Yela, dia la mamat paling malas tahap gaban kat dunia tau. Sehinggakan Dato' Kame Dragon Ball pon bleh ketuk sampai benjol kepala tau dengar. Terharu & tergaru Mak Bulma dengar di cakap macam tu. Hmmmmm.... 

"Zam, tlong beli barang dapur jap". 
"Malas la ma, adik kan ada tu kat sana."

Dialog wajib dia sebagai sorang yg tak sedar diri. Hahahahahaha...

Goku selalu usaha nak dapat kekuatan sempurna. Hajime Kindaichi sentiasa berusaha menyiasat dengan ketelitiannya. Shinichi berusaha untuk membongkar rahsia geng Kumpulan Gagak Hitam. Detektif Mouri sentiasa dengan angan-angan dia untuk menjadi detektif yang terkemuka. Macam-macam watak yang dia dah lihat, baca, tonton dalam ciptaan manusia. Tapi, pernah juga dia terfikir, semua benda hatta yang manusia cipta sekali pon inginkan kesempurnaan. Setiap yang dilakarkan inginkan kesempurnaan. Inikan pula kita yang bernyawa.... Bagaimana pula dirinya??? Apa yang dia nak sebenarnya dalam hidup ni? Mengapa dia dilahirkan di dunia ini???.................


Hmmm... asap panas keluar dr lobang hidungnya yang kompem bersih (blurk) menunjukkan tanda-tanda keluhan keluar dari dirinya. Entah untuk kali yang keberapa dia mencemarkan udara dengan gas karbon dioksida itu. Biarlah, yg penting dia turut menuai pahala dengan memberikan khasiat buat pak cik & mak cik tumbuhan. (itula dia manusia yg pernah bercita-cita untuk menjadi pensyarah Biologi suatu ketika dahulu.) Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kini, dia meyakini semua itu.

Dahulu, tak mampu dia menerima hakikat ketidakcelikan matanya. Setelah kemalangan 5 tahun lepas menarik semula nikmat pancaindera matanya, dia bagaikan hidupnya telah musnah. TAMAT!!! Semua perkara menjadi tak betul. Sekolah disambung sekadar sahaja. Hidupnya rasa tak bermakna. Setelah tamat sekolah, dia bagaikan tak bermaya untuk berbuat apa-apa. Namun, demi tidak menyusahkan orang tuanya, demi tidak dikatakan anak yang tak berguna, demi maruahnya sebagai seorang jejaka, dia kuatkan jua kudratnya. Dia beruasaha jua dalam terpaksa mencari kerja walaupun biasa-biasa saja. Dengan penuh keterpaksaan pada mukanya, dia mulakan bertugas sebagai pencuci cawan & pinggan di restoran dia bekerja sekarang.

"Assalamualaikum". Satu sapaan lembut kedengaran dari belakang disertai tepukan lembut di bahu. Dipandangnya ke belakang, satu senyuman manis terukir indah di bibir  itu, namun cukup mesra lagaknya.

"Waalaikumussalam". Salam ku jawab beserta hadiah senyuman ku balas.


************************************

Yaa... itulah jawapan bagi semua kekusutan yang dialaminya selama ini. Suara itulah yang berjaya menenangkan hatinya setiap hari kini. Hatinya pasti rindu dengan pemilik suara itu. Kata-katanya kekadang buat diri ini bagai terawang-awang di taman. Betapa dia benar-benar jadi perindu kini sedangkan selama ini dialah enau paling tinggi dalam belukar. Hmmm... Inilah kerinduan yang tak pernah melemaskannya dalam kehidupan. Betapa dia merasa bertuah dia menjadi insan pilihan dalam banjiran umat manusia di bumi ini. Dia benar- benar telah jatuh CINTA (titik)

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" 

(Al-Mukminun: 115)

Ingin saja hatinya menjerit pada dunia betapa dia sangat mencintainya. Sangat mendambakan semua ini sedari dulu lagi. Kenapa bukan dahulu semua ini menjengah hidupnya. Namun, manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Tak perlu untuk dia mempersoalkan semua itu. Inilah jawapan yang telah Allah berikan kepada dirinya. Dia amat bersyukur, walaupun Allah mengambil separuh daripada kecelikan matanya, namun Allah telah memberikannya kecelikan mata hati terhadap agama ini. 

Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)

Ya, Allah telah menganugerahkannya Magic Spectacle  dalam hidupnya yang lebih berharga dan insha Allah, mampu memimpinnya ke jannah idaman setiap manusia. Kini, dia sedar dan memahami, biarlah dia kehilangan semua pancaindera, namun, jangan pernah dia kehilangan kefahaman terhadap agama. Terima kasih buat pak cik comel yang telah mengingatkannya tentang hakikat dan matlamat penciptaan manusia di muka bumi ini. Walaupun pertemuaan kita hanya seketika ketika itu, namun kini kita di jalan yang sama. Benar, aku jatuh cinta dengan Dakwah & Tarbiyah anugerah daripada-Nya. 



~salam sayang, rindu slalu, A'yun~





Sunday 7 October 2012

Incik T, Aku Jatuh Cinta

Kredit

Aaaaaaaaaaaahhhhhhhh!!! Kangen deh sama kamu...
Kapan sih bisa ketemu..iya, walau nggak pernah jumpa sebelumnya, aku sentiasa merasakan diri ini bersamamu..

aiseh... steady jak bunyi mok cakap ala-ala minah Indon..ok, STOP there, I want to say something..I MISS U!!! I LOVE U so much!! Mr T. How could I express this feeling towards u?? Hooowwwwwwwww??

Kadang-kadang, apabila insan bernama manusia apalagi kaum Hawa ni, dia tak sedar hatinya cepat sangat jatuh dan terpikat kepada si DIA. Kita pula tak boleh nak salahkan sape-sape,sebab HATI tu, ALLAH yg pegang, tapi macamana nak jaga, tu tugas kita.

Mungkin kita akan kata, name je akhawat/ ikhwah, tapi hati tu cepat melatah nak jatuh..amboiiii.. ikut sedap  mak bapak ko je ye nak mengata mcm tu sekali ea... Saya sendiri sekarang dah JATUH CINTA!!
hahahahahaahahahaha (penuh bangga ku umumkan pada dunia).. Nak tau, saya jatuh cinta ngan sape, sape lagi kalo bukan MR. T saya.. takde orang boleh pisahkan kami tau!! Mami cakap, kalo dah suka, kami x kesah. Selagi Si DIA berikan yang terbaik untuk anak Mami sorang ni. Dadi pula kata, kalo dah betol-betol suka, apalagi, hantarlah rombongan.

Cuma, kadang-kadang saya sendiri x paham, Mr. T dah selalu menjengah ke rumah, melawat sanak-sedara, adeQ-adeQ yg kiut miut  kat rumah, tapi Mami & Dadi macam tak sedar, x nampak & pura-pura x kenal. Yang lain juga macam tu... ish..ish..ish.. sabo je la...

Mr. T selalu ada untuk saya, tika saya susah apatah lagi tika senang, Dia banyak ajar dan bimbing saya dalam semua perkara dalam hidup ni. Sebab tu la saya tak takut nak kata, saya memang dah jatuh cinta.. aha <3

Saya harap, satu ketika nanti, Mami dan Dadi akan sedar akan kasih-sayang yang tulus suci daripada Mr. T buat saya. Cinta dan perhatian yang Dia berikan, tak pernah buat saya rsa kosong..kosong..kosong... ho..ho..hoo... Pak Cik Santa Claus pon suka dgn Mr. T.. encem tau..sedap mata memandang..haaa!!!jga2, zina mata..huhuhu :D

Okai, let me introduce to u my 1 & lovely Mr. T...
Yang penting, dia ada Mrs. D untuk temankan kami saat kami bersama. (Tak la kena cekup pencegah maksiat...hikhikhik..)


LOVE U so much Mr. TARBIYYAH & Mrs. DAKWAH!!!

hehehe..sweet  kan buah  ati pengarang jantung saya..jgn keles, saya ada, kamu???
tu la, tepuk tapak tangan, pi cari apa yg xde...

~SalamSayangRinduSlalu~

ori@A'yun