Wednesday 5 October 2011

"May Allah Love You as You Love Me for Him"

Jika seseorang berkata kepadamu, "I Love You because of Allah", maka katakanlah padanya "May Allah Love You as You Love Me for Him"...


kata-kata yang menceritakan kepada kita bahawa tuntutan saling mengasihi dan menyayangi sesama saudara baik seagama mahupun tidak kita adalah fitrah dalam kehidupan agar ia menjamin kesejahteraan hidup di muka bumi ini.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni:

1. Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain
2. Mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan
3. Benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka".

(HR. Bukhari dan Muslim)

Demikianlah apabila kita fahami dan teliti, Islam menyeru kita kepada CINTA. CINTA kepada ALLAH. CINTA kepada RASULULLAH.  CINTA kepada AKIDAH, CINTA kepada ad-DEEN iaitu ISLAM itu sendiri dan juga CINTA kepada MAKHLUK sebagaimana Allah menerbitkan cinta buat pasangan suami isteri sebagai sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah.

Senario pendekatan berkesan hari ini dalam menarik minat golongan remaja untuk menghadiri majlis-majlis ilmu sebagaimana yang dipraktikkan oleh ahli surau kampus ini sendiri, adalah berbicara SOAL CINTA. Baik cinta kepada Allah, Rasul dan Manusia.

Demikianlah yang dapat kita lihat, kuasa CINTA...

Baik di dalam hati seorang hamba yang berserah sepenuhnya kepada Allah
Membawa ke jalan SYURGA dan semuanya Lillahhi Ta`ala

mahupun di dalam hati insan yang `bertuhankan` CINTA PALSU
yang akhirnya menjerumuskan ke jurang derita dan sengsara...
jalan menuju NERAKA!!! (nauzubillah)

Renungan kita bersama:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri-sendiri".
(HR Hakim dari Abu Hurairah)

No comments:

Post a Comment