Monday 7 January 2013

"Infiru Fisabilillah vs Saqoltum ilal ardhi"


Alhamdulillah, kita masih bernafas & bernyawa hingga ke saat ini. Dalam sedar tak sedar, diri masih tertanya-tanya, benarkah aku dah buat kerja ni seserius mungkin?? Betul ke aku berserah sepenuhnya kepada Allah dalam apa jua keadaan. 2013, 1001 azam baru dicatat oleh sekalian makhluk di muka bumi ini. Tidak terlepas para dai'e. Berazam sepenuhnya untuk memasakkan diri di jalan ini. Mengukuhkan lagi keteguhan di setiap mehnah yang mendatang. Melebarluaskan lagi diameter bulatan gembira masing-masing. Mengatur jutaan strategi untuk mengorek serta mendapatkan logam-logam yang sangat bernilai harganya. Para dai;e ini memegang teguh tanggungjawab dalam menyebarkan risalah Allah, meneruskan perjuangan Rasulullah.

Namun, dalam satu sudut yang lain wujud para hati yang sedikit berbeza. Mereka yang masih merasakan keterpaksaan dalam menjunjung risalah perjuangan ini. Mereka yang masih dibuai keenakan dunia. Sebab kenapa? Kerana apabila dikatakan kepada mereka, "Infiru Fisabilillah" berangkatlah ke jalan Allah, tiba-tiba "Saqoltum ilal ardhi".. tiba-tiba kamu merasa berat. Lalu Allah menyatakan, "Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia daripada akhirat?"



A038


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. 
(At-Taubah: 38)


Jadi, ayuh sama- sama kita refresh balik. Kenapa & mengapa kita berada di sini. Kerana jalan ini bukan untuk mereka yang manja dengan nafsu dan kehidupan dunia. Jalan ini tidak akan sesekali menghamparkan karpet merah, tiada taburan bunga di sepanjang jalan mahupun kereta mewah menjempt di jalan, melainkan tabiran duri-duri yang memerlukan kesabaran dan kecekalan serta keteguhan dalam menghadapinya. Jadi, tugas kita adalah bersama-sama untuk melahirkan dan membina individu yang akan sama-sama berjuang di jalan ini. Yang akan menjadi pewaris terhadap penyebaran risalah Tauhid, rantai-rantai dalam perjuangan dakwah Rasulullah. Kenapa? Kerana kita takkan selama-lamanya berada di muka bumi ini. Andai peninggalan kita nanti tanpa penyambung, ummat bisa jadi lebih parah. Kerana umat sekarang tersangat-sangat memerlukan sentuhan jiwa-jiwa, perlu untuk disantuni, perlu untuk dirawati.

Ingatlah, jawapan Allah kepada mereka yang masih merasa berat ini, 

A039

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(At-Taubah: 39)

Hakikat kehidupan manusia, kita tak nak kalah kepada orang lain. Kalau kita terpilih sebagai pelajar cemerlang, terpilih sebagai antara calon pendebat yang akan  mewakili kampus ke peringkat global, tapi pada masa yang sama kita malas nak berlatih. Kita Merasa berat nak berkorban tenaga dan wang ringgit untuk menyiapkan diri, dan akhirnya jurulatih kita menggantikan kita dengan orang lain, mungkin sahabat kita, adik-adik kita, sesiapa sahaja di sekeliling kita yang lebih serius, yang lebih berminat dan yang sanggup berkorban segalanya untuk menjayakan misi debat, pastinya kita akan tergolong dalam golongan yang rugi.  Nak ke kita diganti oleh orang lain?? Tepuk kepala, tanya hati,..k!! Demikianlah juga dalam misi dakwah kita, misi kita merawat ummah. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dan ia hanya akan dapat dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar meyakini hakikat perjuangan ini, bukan si anak manja yang mencintai dunia dan seisinya daripada mendamba kemewahan abadi di akhirat sana.

Mungkin ada orang kata, 'e'leh, tokseh nak mimpi la. Kome takkan dapat ape pon'. ''suka ati ko la nak buat apa pon, takde kaitan dengan aku'. 'eh, minah tu berkobar-kobar citer kat junior tentang ukhuwwah. Bajet nak sokongan nak jadi MPP la tu nanti'. 'eh, dia tu kan, penyibuk betol. dah memang kita tau Islam tu akan  menang, tapi masih juga nak usaha kuat konon. Kan Allah akan pelihara agama ini'.

Pelbagai persepsi manusiawi yang akan kita lihat, dengar dan alami. Namun hati dan kekuatan jiwa kita yang akan menetukan segalanya. Apakah pergantungan kita kepada Allah sudah benar-benar cukup dan 1000% untuk kita bisa melangkah lebih ampuh di jalan ini. Ingat dan optimislah, Allah memberikan kita peluang untuk menambah amal bagi merebut syurga-Nya.


Cukupkah untuk kita hanya terus mengharap tanpa melaksana? EXAM. Ya, semua menjalankan persiapan semaksima mungkin. Semua berusaha bersungguh-sungguh. Semua orang berkorban wang beli buku, masa untuk ulangkaji, sakit kepala memikirkan ketakutan gagal!

Tapi, dalam dakwah, tak ramai yang sanggup berkorban harta, jiwa dan raga. Benar, insan-insan yang berada di jalan ini, andai tidak teguh iman dan keyakinannya, bisikan-bisikan kepapaan akan menguasai, papa dalam kewangan, papa dalam belajar dan papa dalam persahabatan. Tapi ingatlah, ketika Allah berfirman:


"Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden. Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin" .
(Surah As-Saff :61: 10-13.)


Justeru, apalagi yang ingin kita fikirkan. Janji Allah pasti. Ayok, keluarkan modal anda sekarang, bonusnya berlipat kali ganda. Dapatkan segera tawaran istimewa!!!

_A'yun_

No comments:

Post a Comment