Friday 4 January 2013

Sabran Aali Yasir


"....Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah, begitulah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan dirahmati Allah..."

Mulakan kehidupan awda (pinjaman kosa kata bahasa Melayu Brunei) hari ini dengan keindahan kehidupan abadi. Mungkin tidak se"hepi" pancaindera manusia, tapi awda akan berbahagia kerana taman hati awda akan mula memekarkan bunga-bunga cinta yang tak layu di pusara kerana cinta-Nya takkan pernah pudar hingga hujung nyawa.

Adakah awda telah memulakan pembacaan di tahun baru masihi ini. Helaian ke berapakah sudah menjadi tatapan awda? Apakah awda hanya ingin mengekalkan peratusan ini untuk tahun ini juga tanpa sebarang perubahan? Tepuk tangan, tanya mata...larat ke nak membaca?? hohohoho... (pache krismas dah abes erk.)

ok! hari ni or bulan ni bukan kempen bulan membaca. Tapi bukan alasan untuk kita tak membaca kan. Cuma nak kata, bila burung dah berkicau-kicau, mereka pon sedang membaca. Kenapa? Sebab, hati mereka pon berkata-kata. Tulisan di hati perlu untuk dibaca & diterjemahkan dalam hidup.

Perkongsian hari ini, "Sabran Aali Yasir" (bersabarlah wahai keluarga Yasir.) Merungkai persoalan di minda kita,...


MENUJU KE BILIK TAHANAN 24

             Syaitan itu membawaku keluar sambil memegang lenganku, diikuti oleh dua syaitan yang wajahnya hitam pekat, masing-masing membawa cambuk. Aku berjalan melintasi berbagai bilik di penjara itu  Aku melihat ahli-ahli Ikhwan tergantung di tiang dan cambuk-cambuk mendarat di tubuh mereka....

              Aku kenal mereka semua kerana kebanyakan mereka adalah pemuda-pemuda mukmin yang bertaqwa dan suci. Mereka adalah ibarat anak-anakku dan mereka adalah orang-orang kesayangan Allah...........................................................................................................................................................

"Ibu, semoga Tuhan menetapkan iman ibu!" teriak seorang pemuda yang tergantung di kayu.

Kemudian, lampu menyinari segenap tempat dan berkilauanlah warna darah.

"Wahai anak-anakku, sesungguhnya ia adalah bai'ah Sabran Aali Yasir (bersabarlah wahai keluarga Yasir) kerana syurga sedang menanti-nantimu," kataku menaikkan semangat mereka.

...........................................

"Sabar, semuanya ini adalah di jalan Allah," kataku.

"Ya Allah, teguhkanlah iman mereka. Ya Allah, pelihara dan lindungilah mereka daripada orang-prang jahat. Andai kata bukan kerana-Mu ya Tuhan, pasti kami tidak akan mendapatkan hidayah, kami tidak mampu bersedekah dan kami tidak bersembahyang. Teguhkanlah iman kami sehingga kami kembali ke pangkuan-Mu."

"Sabarla, hai anak-anakku. Sesungguhnya ini adalah bai'ah dan syurga sedang menanti-nantimu," kataku lagi.

(Zainab al-Ghazali al-Jubaili : 2007)

Apa kata awda?

Manusia selalu kata, kesabaran tu ada limit. 
Manusia juga kata, SABAR itu INDAH.
Manusia lagi kata, SABAR itu 1/2 dpd IMAN.

Itulah MANUSIA.

Apa kata IMAN?

عن ابن مسعود: قال النبي e : الصَّبْرُ  نِصْفُ  الإْيمَانِ-  رواه  أبو نعيم

(Sabar itu sebahagian daripada Iman)


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah”
- (Surah al-Baqarah 155-157).

Jadi pilihan di tangan awda. Awda hingin menjadi manusia sebenar atau sekadar memakai terma "MANUSIA". Manusiakanlah kemanusiaan anda untuk manusia.

_A'yun_



No comments:

Post a Comment