Sunday 20 January 2013

Monolog Seorang Aku!

kerana Aku adalah Aku
yang berusaha menggapai Aku
kerana Aku tahu atas usahaku
Aku mampu menjadi Aku
walau siapapun Aku
Aku yakin Aku mampu
kerana Aku adalah Aku

saat Aku melangkah
Aku sedar dalam akuanku
Aku yakin dalam pendirianku
Aku teguh dalam kepercayaanku
kerana Aku adalah Aku

biar apa jua dikatakan padaku
Aku tetap berada di sisiku
kerana Aku tahu
Aku punya yang lebih tahu
Aku yakini kebenaran itu
izzah dengan yang punya Aku
kerana siapa Aku tanpa Dia

meski lelah jua payah
semua itu Aku tak kisah
meski sakit jua perit
semua itu menjadi merit
buat Aku di sana nanti
menjadi bukti perjalanan ini

lantaran Aku tetap Aku
Aku punya amanah itu
Aku terima lafaz itu
dari mula hingga akhirku
kerana Aku tahu
siapa Aku di sisi-Mu
siapa mereka di sisiku
yakinku, Aku adalah Aku!


_a'yun_






No comments:

Post a Comment