Sunday 22 September 2013

Kun Fayakun Bahagian 1

Kun Fayakun 1

Hati sekeras umpama batu yang setiap hari dititis deras sang air juga bisa rapuh, inikan pula sekeping hati yang sememangnya rapuh dan luluh. Jiwa sekental mentari, berbara panas jua bisa dingin sedingin salju andai sapanya lembut hingga menusuk ke tulang sumsum diri.
Lantas, aku seorang manusia hanya insan biasa yang sering kali alpa. Mengapa bisa aku dijadikan seperti malaikat tanpa silap apa jua dalam hidup yang serba fana. Langkah kaki mulai goyah meski hati rasa payah. Namun ku tetap gagah melawan segala mehnah yang melanda resah walaupun terasa jerih payah. Kerana aku sedar aku siapakah?
...................................................................................................................................................................................................................................

Usai program pertama bersama, acik menggenggam erat tanganku.
‘Ira, acik rancang nak buat program untuk budak sekolah rendah pula. Kat kampung sebelah. Kak Za pun dah bagitau nak buat sama-sama. Dia yang rancang. Acik rasa rugi pula kalau peluang ni kita tak manfaatkan.’

‘wah, bagus juga tu acik. Bila rancangnya nak buat? Boleh la Ira bantu apa yang termampu.’

‘Warga kat sini minta buat semasa cuti. Jadi, acik nak minta tolong Ira fikir dan cuba rancang bersama la apa program yang boleh dibuat bersama budak-budak tu nanti. Lain-lain hal, kita boleh bincang kemudian.  Acik cuma harap dapat laksanakan secepat mungkin. Tak nak dah tangguh-tangguh.

‘Cadangan nak buat untuk umur berapa cik?’

‘Acik pun tak pasti. Ira rasa macamana?’

‘Ira rasakan, better kita buat untuk Tahap 2 cik. Jadi, mereka lebih senang untuk program bersama remaja.’

‘Ok juga tu. Nanti Ira fikir la apa yang patut. In shaa Allah, kita laksanakan bersama. Moga saja dipermudahkan oleh Allah.’

‘In shaa Allah cik.’

Langkahku diiringi senyuman saat itu. Tangan acik Ima masih dalam genggamanku. Kadang-kadang aku bagaikan tak percaya keadaan itu. Hmmmm... yelah, bersama insan yang tak pernah ku kenali selama ini, namun kini kami bersama. Ya, Cuma satu keyakinanku, cukuplah Allah menyatakan kun fayakun sekiranya DIA inginkan sesuatu itu terjadi.

...................................................................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum acik. Alhamdulillah, perancangan untuk program seterusnya kat kampung sebelah dah siap. Bahan pun dah ada, Cuma tinggal nak bincang dengan acik je lagi. Bila Ira balik cuti nanti, kita bincang sekali dengan kak Za. Mohon doanya ye cik. Jaga diri, jaga kesihatan J

Butang SEND ku tekan. Arahan DELIVERED menandakan mesej berjaya dihantar. Ira kini mampu tersenyum. Yelah, satu amanah dah berjaya diselesaikan.

Waalaikumussalam. OK! Nanti kita bincang sama-sama ye. Acik tengah dengar ceramah Ustaz Alias kat masjid ni. In shaa Allah, acik sentiasa doakan untuk kita semua sayang J Moga Allah mempermudahkan segala urusan.  

Balasan mesej mak cik Ima ku terima. Alhamdulillah, satu persatu tugasnya berjaya diselesaikan.
Cuti dirasakan terlalu lama apabila mengenangkan cinta hatinya di tempat belajar. Mana mungkin dia tidak rindukan gelak tawa dan kasih-sayang teman seperjuangan. Namun, masa juga dirasakan teralu singkat bilamana mengenangkan saat bahagia bersama keluarga tersayang.

Namun, Ira perlu tabah. Kata-kata daripada papa dan mama sentiasa menjadi semangat buat dirinya. Mama, walau pelajaran tidak setinggi mana, tapi dia seorang wanita cekal dalam hidupnya. Papa, meski tiada pekerjaan gah seperti orang lainnya, namun dia wira dalam hidup Ira. Anak-anak semuanya terdidik, walau ada jua salah silapnya sebagai manusia biasa.
...................................................................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum. Ira, habis cuti? Ada program kat kampung bulan depan. Dalam 3 minggu lagi?

Waalaikumussalam acik. In shaa Allah, habis cuti hujung minggu ni. cuma, Ira rasa takde kat sini kot nanti semasa program tu acik. Ada pertandingan kat Bangi. Kalau ada apa-apa perubahan, nanti Ira contact acik lagi ye. Nak bincang tentang program kita yang seterusnya tu. Cuma, ada apa-apa tak yang boleh Ira tolong?

Ye ke? Kecewanya... :-‘( :-‘( :-‘(...  xda lah. Gurau je syg! Kalau Ira free, acik cadang memang nak ajak Ira. Tentang next program tu, acik rasa better kita bincang dengan Kak Za sekali. Sebab acik memang target supaya mereka boleh bergerak nanti.

Ala... hehehe..ok acik. Janganlah kecewa..huhhu.. in shaa Allah, next program, Ira free. Nanti kita jumpa Kak Za sekali la bila acik balik kampung ye J

Ok, minggu depan kita cuba balik kampung dan jumpa Kak Za. Boleh bincang terus nanti.

Alhamdulillah, satu persatu, urusan dipermudahkan. Cuma satu ku rasakan keanehan, namun penuh kesyukuran. Baru dalam beberapa ketika aku bertanya pada diri-sendiri, ingin dihantar jua pada teman-teman, “should I stop all of this?”

Satu soalan yang tak perlukan jawapan kerana ia mampu difikirkan. 
Saat fikiran mula menyusun perkataan, walaupun belum jua ditaipkan di atas papan kekunci, ia terus terdetik di hati. Saat inilah, DIA memberikan jawapan. YA! Jawapan cukup mudah, indah tak perlu bermadah. Pesanan ringkas daripada mereka yang disayangi kerana-Nya, menjwab segala persoalan di minda.

Hmmmm... SUBHANALLAH. J Nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?
Tiada kata yang mampu ku ungkapkan melainkan kesyukuran, ALHAMDULILLAH! Kerana diriku masih dijaga dan terpelihara daripada tipu daya syaitan jua manusia, harta dan masa. Benarlah, tiada tempat kita berlindung selain kepada ALLAH S.W.T.
...................................................................................................................................................................................................................................



No comments:

Post a Comment