Sunday 22 September 2013

Honestly, I am jealous!!!

Mak Cik , onesli, aku jeles!!

Entah, aku sendiri lupa bila saat aku mula mengenali mereka. Cuma, pengalaman pertama sungguh manis saat itu. Menaiki kapal terbang menuju LCCT Kuala Lumpur. Tepat jam 11:30 malam, ketibaanku disambut baik oleh Mak Cik S dan Mak Cik N. Disambut mesra jua oleh akhawat-akhawat yang sangat aku sayangi lillahi taala. Saat itu, akhawat lain bergerak terlebih dahulu, ada urusan yang perlu mereka selesaikan keesokan harinya. Aku pula bersama Mak Cik N dan Mak Cik S menuju ke rumah akhawat di Gombak. Kehadiran kami disambut riang oleh dua kakak kembar dan akhawat lain di RI tersebut. Saat itulah ku merasakan kasih-sayang yang maha dahsyat daripada mereka, Mak Cik S & Mak Cik N.

Keesokan harinya, kami berangkat ke UIA. Menjengah sebentar anak kedua-duanya. Kak K, anak kepada Mak Cik N dan juga anak kepada Mak Cik S. Menemani Mak Cik S dan Mak Cik N di sana dalam beberapa jam, sungguh aku senang menemani mereka. Betapa ku rasakan andai kedua orang tuaku berada di situ bersamaku.

Kedua, pertama kali ku menjejakkan kaki ke kampung halaman mak cik di Kampung Saai bersama Kak D, Kak A & Dik A. Aku mula mengenali si kecil Fara dengan lebih dekat. Telatahnya menyenangkan aku. Fara comel dan ajaran Islam tertanam utuh di dalam dirinya. Sungguh, aku jeles mak cik!! Melihat anak sekecil itu dengan keislaman yang diterapkan sebagai cara hidup. Mengenali Pak Cik M, mendengar cerita antara kalian. Kehidupan dan keazaman mak cik dalam membentuk baitul muslim dan mendidik keluarga. Onesli, aku jeles!!

Mak cik, seyes, aku jeles dengan kelembutanmu. Panggilanmu menyentuh hatiku yang keras, jiwaku yang lembut. Anak...sayang... YA!!! Itulah gelaran yang kau berikan pada diri ini. Mungkin saja itu gelaran biasa bagi kebanyakan insan, namun dengan latar belakangku yang memang sebati dengan kekasaran, bisakah aku menahan perasan. Sungguh, ia memberikan kesan mendalam pada diriku mak cik. Kini, tutur kata ku jaga lebih, bahasa kuperelokkan sesedap telinga mendengar. Terima kasih atas kasih-sayang itu mak cik.

Keberadaanku di rumah mak cik saat itu, meskipun hanya sementara cukup membuahkan kebahagiaan buatku. Saat perbincangan kita untuk persediaan kursus, dakapanmu membuatku terasa bahagia. Layananmu menghilangkan benteng antara kita. Sungguh, ku rindu dan menyayangimu mak cik.
Kesibukan dan semangatmu dalam melaksana dakwah dan tarbiyah menjadikan aku semakin jeles padamu mak cik!! Dalam keadaan dirimu sakit, perlukan rawatan, gangguan kesihatan, kau tabah dan penuh beremangat melangkah. Sungguh, dirimu inspirasiku. Kau menjadikan jiwa mudaku semakin cemburu padamu. Sungguh mak cik!!

Ketibaanku di kampung itu buat kali kedua kau sambut dengan senyum. Pelukkan eratmu mendamaikan jiwaku. Mana mungkin aku tidak cemburu mak cik,  tak pernah kau tinggikan suara, melainkan dengan ketegasan. Sayangku padamu semakin ku rasakan. Maafkan aku mak cik, andai terlebih dan terlalu menyayangimu. Kerana kasih sayang kerana Allah, cinta di jalan dakwah, aku berusaha membantumu. Aku menyayangimu kerana padamu wujud kecintaan padu pada Allah dan Rasulullah.

Sepanjang program, kita saling berinteraksi. Kau dan Mak Cik N mengajarku erti menyantuni. Menyantuni masyarakat, keluarga dan sesiapa jua yang bersama kita. Mak cik, sungguh, aku mencemburuimu. Cuma diriku kehairanan, tiada foto kita bersama, tiada foto kita berdua melainkan bersama mereka yang lainnya. Namun, aku sayang dan rindu padamu mak cik. Sehinggakan setiap kenangan kita bersama terlakar indah di memoriku.

Saat tamatnya program itu, kita melangkah bersama. Kau pegang erat tanganku. Kita bincang bersama program yang seterusnya. Kita saling meluah rasa, berusaha menyebarkan risalah Islam ini. Sungguh, aku cemburu padamu mak cik!!!

Saat yang takkan pernah ku lupa, saat-saat indah bersamamu. Kepulanganku kau hadiahkan dengan satu madah bicara yang indah membuai rasa semanis halwa telinga kedengaran sentiasa. ‘Ini kesayangan mak cik ni’. Doamu ku harapkan kerana doamu jua menceriakan daku sentiasa. Sungguh, aku mencintaimu dan menyayangimu kerana Allah mak cik. Moga kita kan menjadi keluarga cinta sampai syurga.


Tekadku kini, ingin ku bina keluarga menuju ke arah kecintaan terhadap Rabb yang Maha Esa. Cinta dan rindu pada rasul-Nya. Demikian juga Baitul Muslim yang bakal ku bina, in shaa Allah, jika jodohku di dunia sebagaimana ketetapan-Nya. Inginku ku bentuk anak-anakku kelak sebagaimana dirimu mendidik mereka. Sungguh, aku mencemburuimu duhai Mak Cik S J

No comments:

Post a Comment