Tuesday 27 October 2015

Sekian lama menghilang...

Sekian lama menghilang di alam maya penulisan blog bukanlah menjadi penyebab aku terus hilang di alam penulisan. Setahun setengah tanpa coretan di blog ini menjadikan aku seorang aku. Menjadikan aku terus berfikir bagaimana cara untuk terus bermujahadah berkarya. Istiqomah melakukan semua perkara keranaNYA.

Sungguh, kekadang aku tersasar. Mengharapkan habuan dunia yang sementara. Akhirnya, kerana Allah masih menyayangiku, DIA mengembalikanku ke alam nyata. DIA menarik tangan & hatiku dengan kasih cintaNYA.

ALHAMDULILLAH. Aku masih di sini. 
ALHAMDULILLAH. Aku masih menanti.
ALHAMDULILLAH. Aku masih berada dalam pelukan cinta Illai.

ALHAMDULILLAH, Ya Allah!

No comments:

Post a Comment