Thursday, 27 September 2012

Ku Selami 2 CINTA

by: A'yun Fariah



KU SELAMI 2 CINTA
By: ayunfariah.
Ara: Salam.
Dani: Salam.
Ara: Dah bangun blom?
Dani: Dah. Awak?
Ara: Dahla awak, pas Tahajud tadi terus stay up sampai Subuh. Rasa rugi nak tido.
Dani: K, la, nak solat Subuh dlu. Salam.
Ara: K, Salam. Hv a nice day..^_^

Demikianlah indahnya hidupku apatah lagi dalam usia remaja ini. Setiap keinginanku dipenuhi baik daripada keluargaku mahupun keluarga bakal mentuaku. Lagakku bagaikan puteri bagi mereka. Setitis  pun takkan dibiarkan kesakitan menimpaku jika mereka mampu mengawalnya. Syukur bagiku hidup dalam keluarga yang Islam jadi pegangan hidup dan seawal usia belasan tahun aku sudah dijodohkan dengan anak kawan papa sendiri yang sama berpegang teguh dalam landasan Islam. Cuma, mama dan papa tidak pernah mempertemukan kami selain aku yang memulakan penghantaran sms kepadanya. Hasil mencuri daripada hp abah. Biarlah, selagi aku tidak pernah menyalahi batas dalam perkataanku ataupun tidak sesekali  menelefon adalah cukup bagi aku untuk menjaga batasan antara kami yang bergelar tunangan antara satu sama lain.

....................................................................................

“Hai Zahrah, minggu depan ada apa-apa rancangan tak?” soalan daripada temanku Balqis menyedarkan aku dari lamunanku.
“Takde buat apa-apa? Kenapa?”
“Tak de la, ingat nak bawa awak gi Penang Jumaat depan. Lepas kuliah kita pergi.”
“Kita berdua je?”
“Tak la. Geng-geng biasa.”
Terbayang wajah Su, Wiyah, Ija, Abb, dan Yus. Aku hanya mampu tersenyum.
“Ok.” Balasku pada Balqis dengan senyuman yang cukup manis.

...........................................................................................

13 Ogos 2012
Tarikh yang kami tunggu telah tiba. Kami sekawan mula berangkat meninggalkan kampus kesayangan kami. Sekawan doktor bila dah keluar dari kandang tahanan, hanya Allah saja yang tahu bagaimana terasa kebebasan seperti burung terbang di udara. Destinasi yang dituju agak jauh, namun ia satu keseronokan bagi kami. Tiba kami di destinasi, disambut mesra oleh Kak Wardah dan beberapa adik-adiknya yang seusia kami. Sementelah kami di Penang, kami akan menginap di rumah sahabat-sahabat di sini. Esoknya, perjalanan kami bermula di kawasan pantai dan taman-taman rekreasi bagi mendapatkan ketenangan jiwa dengan melihat kebesaran ciptaan-Nya. Perjalanan kami teruskan untuk hari-hari seterusnya di beberapa tempat lain dan kawasan yang menjual cenderamata untuk kami membeli beberapa buah tangan untuk kawan-kawan serta buat kenangan sendiri. Setiap malam pula adalah waktu untuk beristirehat bagi menghilangkan kelelahan siang tadi serta proses mengembalikan tenaga untuk kegunaan esoknya. Demikianlah apabila otak doktor berfikir.

Tepat jam berdenting menunjukkan pukul 12 pagi. Suasana hingar-bingar mengejutkanku daripada lena yang menemani kepenatan jasmani.
“Zahrah, cepat bangun. Zahrah!!!” kedengaran suara Yus berteriak di depan pintu.
Bagaikan satu kecemasan, aku bingkas bangun dari tempat tidur. Secepatnya baju sejuk ku ambil serta tudung yang tersidai di tepi katil demikianlah nasihat mama sedari kecil agar menyediakan kelengkapan sebelum tidur agar diri dan aurat sentiasa terjaga hatta sewaktu kecemasan sekalipun.
“SURPRISE!!!” teriakan suara daripada sahabat-sahabatku yang lain bergema memecah kesunyian hening malam.

“Ada apa Yus?” demikian pertanyaanku dalam keadaan masih separuh tidur.
“Zahrah, bangun la.” Sekali lagi Yus berteriak sambil menggambit tanganku berkumpul menuju kumpulan sahabat-sahabatku yang nyata jelas bersedia.
“Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Nur Zahrah binti Mohd. Aiman.”
Hah!!??? “Hari ini hari jadi aku ke?” monologku sendirian di dalam hati. Demikianlah antara perencah kehidupanku dalam kehidupan kampus ini. Tidak kusangka jua, usiaku yang ke-20 ini bakal mengubah darjah kehidupanku 360 darjah, menyedarkan aku daripada lena yang panjang.
…………………………………………..
Tanganku masih memegang erat senaskhah al-Quran yang dilengkapi dengan terjemahan dan hukum tajwid serta asbabun nuzulnya sekali. Sepanjang hidupku, selain abah dan mama, tak pernah pun sesiapa menghadiahkan aku dengan terjemahan al-Quran. Apatah lagi sahabatku. Buat pertama kalinya terjemahan al-Quran ku buka setelah hampir seminggu al-Quran dengan kulit pink ini menjadi milikku. Mataku terpaku pada halaman yang baru sahaja ku selak. Masakan tidak, sepotong ayat telah menyebabkan hati ini bergoncang dan bergetar ketakutan, badan menggigil tak keruan.

“dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yg buruk” (Surah Al-Isra’ : 32)

Teringat kembali kata-kata Ustazah ketika Tingkatan 5 dahulu.

Rasulullah bersabda : mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia.

Terus hati ini beristighfar pada-Nya. Teringat jua kata-kata naqibahku setahun yang lalu bahawa niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil walaupun niatnya penuh kebaikan. Sesungguhnya, Allah S.W.T telah menyatakan dengan jelas di dalam al-Quran:

“dan (juga) kaum Ad & Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan2 mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka adalah orang2 yang berpandangan tajam” (Surah Al-Ankabut : 38)


Lantas, ku capai telefon bimbitku.
Assalamualaikum. Maaf akhi, inshaAllah, ini  sms terakhir daripada ana. Baru ana sedar kesilapan dan dosa yang ana lakukan selama ini. Mungkin benar kita tak pernah berbicara langsung apatah lagi bersua walaupun setelah hampir  2 tahun ana mengetahui diri ini sudah dimiliki. Namun, zina hati yang tak kelihatan lebih menakutkan diri ini. Ana yakin, akhi faham apa yang cuba ana sampaikan. Asif, ana khilaf selama ini. Salam buat ummi dan walid ya. Assalamualaikum W.B.T

 
 






SMS terakhir ku hantar dan buat pertama kali jua ku aku menggunakan perkataan ana dan akhi untuk berbicara dengan tunanganku sedangkan sudah ribuan sms ku hantar dengan kata-kata santai seorang remaja. Balasanku terima daripadanya hanyalah sebaris perkataan “Alhamdulillah.” Aku sendiri tidak memahami apa yang dia syukuri. Mungkin saja kesedaranku.
………………………………………………..
Usai solat sunat syukur dua rakaat, upacara membatalkan air sembahyang dilaksanakan. Kedengaran suamiku mengucapkan ungkapan Alhamdulillah. Sekali lagi, kenangan 5 tahun lalu menjengah ke kotak minda.
…………………………………………………
Buat pertama kali berbicara secara bersua bersama suamiku yang ku kenali sebagai tunanganku sejak sekian lama menjadiakn aku sedikit gugup. Namun kugagahkan jua bibir untuk bersuara.

“Abang, Ara ada nak tanya.” Ku gelarkan diri sebagai Ara. Kedengaran manis kata suamiku .
“Ye.”
“Apa maksud abang tentang perkataan ALHAMDULILLAH masa aya anta msj kat abg dulu? Abg masih ingat kan?” Lancar sahaja ku ungkapan persoalan yang menyelubungi hatiku selama ini. Perasaan ingin tahu melonjak-lonjak di jiwaku. Dengan penuh senyuman suamiku menerangkan satu-persatu.
“Ara kenal tak dgn Ummi Su dan akhi Yusuf?”
“Kenal. Kan Ummi Su naqibah Ara dan Akhi Yusuf zauj ummi.”

treng..teng..teng.... :D

Baru la ku tahu, suamiku adalah anak usrah suami naqibahku sendiri. Setiap sms yang ku hantar dibaca sendiri oleh naqib suamiku serta ummi. Betapa malunya aku tika itu, namun semua itu dah berlalu.

“Tapi abg, nape tak tegur Ara masa tu? Kan abg dah tau tentang semua tu?”
“Naqib abg dah cerita dgn ummi dan mereka dah berbincang cara nak settlekan hal ni. Lagipun, ummi kata isteri abg ni keras hati kadang-kadang dan mudah terasa lagi.”

Oh, baru la ku memahami kenapa ummi selalu berjumpaku selepas usrah secara peribadi bertanya perihal perjodohanku dan sering menasihatiku secara halus namun kurang ku dalami maksud kata-kata ummi itu. Ku sedari jua balasan sms bakal suamiku selama ini yang endah tak endah sahaja. Tambah suamiku, terjemahan Al-Quran jua pemberiannya dikirim pada Akhi Farez zauj Kak Wardah. Muka surat surah Al-Isra` jua sengaja ditanda agar aku sengaja membukanya. Bila diingatkan kembali, lucu juga teguran yang disampaikan padaku. Masa yang agak lama diambil baru ku sedar, namun berhasil lantaran kesabaran naqibahku dan bakal suamiku agar aku tidak tersinggung. 

Sesungguhnya, kasih-sayang yang bermatlamatkan kerana Allah S.W.T pasti akan dibantu jua oleh-Nya. Cepat atau lambat, Hidayah itu milik Allah. Ok???  Cinta dan kasih-sayang yang ditunjangi dengan kecintaan kepada Allah S.W.T menyuburkan lagi keindahan hidup. Apa yang penting dalam hidup ni, DAHULUKAN & UTAMAKAN CINTA kepada ALLAH & RASULULLAH.. InsyaAllah, kita akan memperoleh CINTA yang lain :)

~sekadar coretan~

Realiti Duniawi


by: A'yun Fariah


Andai cinta, kenapa harus mengalah
andai rindu, kenapa harus ketemu,
andai sayang, kenapa harus berubah

Cinta…mengalah pada nafsu
Rindu… bertemu dalam murka-Nya
Sayang…berubah melawan perintah

Bukankah telah ditetapkan
telah ditunjukkan
telah diajarkan
dalam kitab suci Al-Quran
jua sunnah rasul junjungan

Ikatan sebelum nikah...
perhubungan sebelum lafaz mulia itu...
takkan pernah dalam redha-Nya
apalagi, ganjaran pahala..jauh tak ke mana

Sebaliknya, semua itu musibah
pencetus bencana, pembawa bahana
yang bakal merosak dunia dan seisinya.


Merungkai Rindu

by: A'yun Fariah


Ku rindu saat itu
kita bersatu dalam berbeza
kita bersuara dalam kepelbagaian bahasa
kita bersama dalam suka dan duka

Ku rindu saat itu
meski hanya terpapar dalam kenangan
terlakar indah dalam imbauan
1946, bersatu kita demi kedaulatan bangsa Melayu
1952, bersatu kita demi keharmonian bersama
1955, bersatu kita seia sekata
sungguh, ku rindu saat itu

Harapanku cuma satu
setiap anak bangsa jadi perindu
kerana kita tetap sama
sebangsa, senegara, sejiwa.

:: DEDIKASI BUAT PENSYARAH YANG MENGAJAR ERTI SEJARAH ::

Bebas itu MERDEKA???

by: A'yun Fariah

Kredit

Pernah aku ditanya, apa benar kita merdeka?
pernah jua aku ditanya, apa benar janji dikota?
lisanku berbicara…
55, bukti yang nyata
rakyat bersatu dalam kepelbagaian bangsa
kemajuan negara di mata dunia
penuh bangga ku tutur bahasa.

Seketika, atmaku terdetik, jiwaku terusik
merdekakah kita hanya dengan perkiraan angka semata?
penomboran yang sering kita jadikan kematangan usia
perkiraan material bukti kemajuan negara
hakikatnya… kita terjajah jiwa, menderita dalam bahagia

celikkan jiwa, sedarkan minda
janji bukan lafaz tapi setia
bicara bukan suara tapi laksana
bahagia bukan rasa tapi realiti hidup kita
agar… rukun negara bukan sekadar hafalan semata
tapi bai’ah yang wajib ditunai bersama
bukti janji dikota, kata dilaksana
kerna ia… kita kekal bersama
semalam, hari ini dan selamanya.


:: DEDIKASI BUAT PENSYARAH YANG MENGAJAR ERTI MERDEKA ::



Medan Cinta KITA

by : A'yun Fariah

Malaysia,
damaimu sanjungan warga dunia

Indonesia,
namamu selembut warganya

Brunei,
gahmu bagaikan istana

Korea,
ramai...yang jatuh cinta

Jepun,
kualiti ukuran semua

China,
baranganmu merata di seantero dunia

Australia,
indahmu sejuk pandangan mata

di mana jua keberadaan KITA
usah gundah, usah gelisah
kerna...
KITA semua ada di mana - mana
bersama menjunjung dakwah Rasulullah
mengagung risalah tauhid dan kalam ALLAH

:: Dedikasi  buat SISTERS FILLAH ::


IDAMAN HATI

by: A'yun Fariah

Kredit



Saat angka "2" mengiringi usia
hati mula berkira-kira
mencari si dia peneman suka dan duka
menjadi sahabat sehati sejiwa
menuju alam rumahtangga

benar, usia jadi ukuran
merasakan diri penuh kematangan
lantas penuh keyakinan lidah membicarakan
ingin meneruskan tingkat kehidupan
menggapai alam kebahagiaan

tapi sayang...
kau lupa dan alpa
dirimu terlalu muda
bukan kerna usia
tapi persediaan menuju bahagia
apa benar kau "khatam" segalanya??

ingatlah,
nikah bukan lafaz, tapi penyatuan
kahwin bukan percintaan, tapi penerimaan
walimah bukan majlis, tapi meraih redha dan keberkatan

persiapkan dirimu
perbetulkan setiap yang perlu
al-Quran dan sunnah menjadi panduanmu
InsyaAllah, BAHAGIA itu menanti buatmu
yang benar-benar bersedia ke arah itu

:: DEDIKASI BUAT MAMA & ABAH ::

Akhawat LEMBIK???

by: A'yun Fariah

Ukhti,
saat hidayah menyapamu
kau teguhkan janji yang satu
saat tarbiyah menyentuhmu
kau sungguhi menuntut ilmu
saat dakwah mencintaimu
kau gagahi jalan itu

Namun,
atma itu...
penuh tersirat bahasa rindu
penuh berliku untuk diteroka
penuh garisan tawa duka

kerna ia...
cairnya sukar dijangka
saat jiwamu inginkan kebaikan
kau bayangkan firman Rabbmu

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….."


gamitan jiwamu menginginkan semua itu
dalam tak sedar dirimu mendamba
hadir insan mengisi jiwa
yang kau kira baitul muslim di bawah redha-Nya

Namun,
syaitan takkan pernah berhenti
terus menerus ia menanti
menerobos jiwamu yang polos dan suci
agar ia dicemari

Saat itulah...
terdetik sayang, rindu buat "ikhwah idaman"
saat terpandang wajah, terdengar lunak bicara
kau benar-benar jadi pendamba
lantas bersarang rindu di kalbu

ingatlah ukhtiku sayang
sayang mu jangan pernah dipancar
rindumu jangan sesekali didengar
mata hatimu berikanlah sinar
biarkan CINTA ALLAH dan RASULULLAH...
mengungguli takhta istimewa itu

InsyaAllah...
kelak imammu akan menemani
kerna ia anugerah ILLAHI
yang akan sama-sama menjulang dakwah ini

walau siapa pun dirinya
terimalah seadanya
kerana Allah sebaik-baik perancang buat manusia
suburkanlah cinta kalian hingga syurga.

A'yun 270912

:: Dedikasi buat IRAH ::


Wednesday, 26 September 2012

Cinta Satu Malam

(think positive before u read!!!!)

ku dengar bicara itu
penuh lembut, penuh syahdu
ku tatap wajah itu
redup memandangku
ku elus jemari itu
hangat mendakap tubuh kecilku

meski bersama kita hanya seketika
namun pengisian jiwa itu bermakna
kau sentuh jiwaku dengan bicara
kau teguhkan hatiku dengan perkongsian rasa
kau yakinkan aku dengan sayang tak terhingga

LCCT, menjadi saksi pertemuan KITA
GOMBAK, menjadi bukti penyatuan KITA
SETIAWANGSA, menjadi medan perkongsian KITA
UIA, menjadi kenangan KITA bersama

walau berpisah kita setelah seketika
namun, kerana-Nya jua...
hati KITA bertaut selamanya
insyaAllah, bertemu di jannah-Nya

:: DEDIKASI buat UMMI & MAK CIK SARI ::

Tuesday, 25 September 2012

TARBIAH sebuah perjalanan

OVERVIEW SAJA...

Tarikh 21-23 September 2012, merupakan satu perjalanan panjang yang menguji kesabaran dan ketabahan.
Namun, di sebalik semua rintangan, terselit 1001 kenangan dan ibrah yang takkan diperolehi andai kita hanya duduk membisu di sebalik pintu & berada dalam kondisi tenang & santai.

Perjalanan menuju destinasi dari Sibu ke LCCT bermula jam 9 malam (Hari Jumaat - 21/09/2012) bersama Kak Dinah Nabilah yang sama flight dgn ana.
Walaupun masa agak lama di airport, namun ia tidak terbuang begitu sahaja melainkan sharing daripada Kak Dinah yang terlalu banyak makan gram daripadaku memberi 1001 pengetahuan.
Setelah curahan pelbagai nasihat yang membina, perkongsian yang menusuk ke jiwa & peringatan yang tak pernah tiba tamatnya, betapa hati ini merafakkan kesyukuran pada ILLAHI atas kurniaan SAHABAT yg memahami diri ini. 

Tiba di LCCT, Kak Amal, Kak Aina, Kak Lin & Kak Dinah terus pergi ke Serdang memandangkan mereka akan menjalani PBS pada keesokan harinya. Ana bersama ummi & Mak Cik Sari setia di LCCT menunggu akhawat datang menjemput.

Kira-kira jam 1 pagi, Kak Ily & Kak Ana tiba dan kami segera berangkat ke Gombak dan menginap semalam di rumah Kak Hidayah. Di sana, ana berjumpa dgn Kak Atiqah & Kak Syafiqah. Bersama mereka cuma satu malam, namun tautan ukhuwwah kerana Allah menjadikan ia sangat bermakna.

Keesokan harinya, ana & akhawat yg lain pergi ke UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Syukur rasanya bisa menjejakkan kaki ke uni tersebut. Berjumpa beberapa akhawat yg lain & yang paling penting berjumpa Kak Khairun di sana.

Menemani mereka berjumpa anak masing2 (terus ingat kat umi & abi :(  tp, mereka tetap dekat di hatiku. Mak Cik Sari paling excited membeli jubah & memborong al-Quran. Lepas tu, kami pergi ke Pejabat Ikram Wilayah Persekutuan & ada sharing kat sana. Besar & kemas pejabat. Ummi pon terus assign me a job to prepare the items listing name untuk dibuat di Pejabat IKRAM Sibu. So, ana ok je. Sempat juga bercerita dgn beberapa org akhawat di sana.

Then, dalam keadaan tergesa-gesa, kena segera berangkat ke Serdang utk ambil barang akhawat ke sana & selepas tu segera bertolak ke Johor. (Sebab flight ikut Johor.) Dalam keadaan ni lah banyak sangat kejadian berlaku. Hanya Allah yg tahu betapa cekalnya hati para akhawat yg berada di dalam perut avanza yang dipandu oleh Zahrah (Ara) & dengan bantuan beberapa pihak, semuanya berjalan agak lancar. Kak Dinah dengan selamatnya tiba di Shah Alam & kami tiba di Muar, Johor kira-kira jam 1 pagi. Di rumah Kak Aina, kami jumpa ngan mak Kak Aina & adik-beradik dia. Walaupun agak penat, namun SYUKUR ALHAMDULILLAH, semuanya SELAMAT.

Keesokan harinya, jam 9:30 bertolak ke Terminal bas untuk ke JB & naik flight utk ke Sibu. Terdapat juga beberapa dugaan yang menimpa namun, atas kehendak Allah jua, segalanya pasti bisa diatur. ALHAMDULILLAH. 

Kira-kira jam 6 petang, selamat tiba di airport Sibu & menunggu ketibaan Kak Dinah dr KL pula. Berjumpa dengan beberapa orang pensayarah & sempat makan lagi kat situ..hehehe.. akhawat kalau tak makan, tak sah.

Kira-kira pukul 6:30. Kak Dinah, Ummi & Mak Cik Sari tiba. Kami pula menunggu uncle van ambil. Pukul 7:30, uncle van datang & kami tiba di kampus kira-kira pukul 8:30. Walaupun tempoh perjalanan kami singkat, namun apa yang PENTING, IBRAH daripada sebuah PERJALANAN itu menjadikan HATI-HATI KAMI lebih bertaut di jalan-Nya, lebih mencengkan antara satu sama lain dan lebih mengenali serta menerima kekurangan mahupun kelebihan sesiapa jua. ALHAMDULILLAH. Moga diri lebih THABAT di JALAN INI. AMIIIIIIINN :) InsyaAllah.







Sunday, 23 September 2012

Kerana CINTA KITA

by: A'yun Fariah

Cinta, madah yang mudah
suatu bicara indah
yang bisa menjadikan manusia gundah
tatkala jiwa terasa gelisah

Namun,
CINTA KITA lebih daripada indah
kerana tautan ukhuwwah fillah
KITA sama-sama melangkah
kerana jihad fisabilillah
KITA berjuang tenang dan tabah

benar...insan berbicara
CINTA itu indah andai kerana ALLAH
RINDU itu suci kerana tautan hati...
mendamba kasih ILLAHI
membentuk thabat di JALAN INI

RISALAH TAUHID dijunjung
demi kemaslahatan umat
sunnah RASULULLAH diagung
sirah perjuangan diteruskan

meski CINTA ini menagih segalanya
KITA relakan jua
kerana KITA yakini
PERDAGANGAN ini
JANNAH menanti, insyaAllah...

Thursday, 20 September 2012

VIDEO OSEM APG 2012


" Dup dap. Dup Dap.

Eh, bunyi jantung anda kah itu..? Wah!

Ya, anda tidak bermimpi.

Tidak juga berangan-angan di siang hari.

Oh jangan, anda tidak perlu menggosok mata anda lagi. "

(Inche Gabbana: 2012)


so, apa tunggu lagi, JOM!!!!

pakat join ramei2..

~salam sayang rindu slalu :)~

MAKLUMAT LANJUT, RUJUK DI SINI

Monday, 10 September 2012

Untukmu Sayangku..





kau bilang padaku, kau ingin bertemu
ku bilang padamu oh ya nanti dulu

aku lagi sibuk sayang,.......

#hoyeaaa..aku bkn kak toyib#

k, back to the point fir this entry..
what??
utkmu sayang...
of coz specially dedicated to my 1 & only lover...

sayang kamu la...

sape??????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tQ sayang dah bg sya semangat selama ni...
& lastly, its over..

sayang, walau letih mcmna pon , awak tetap bagi saya semangat..
awak beri saya kekuatan..
awak buat saya terus melangkah..
walau dalam terik mentari
walau dalam dinginnya hari..

u r owez in my heart forever sayang..

u r d ONLY 1 i believe after what should i believe b4..

tQ SAYANGku... 

SAYANG SAYA???

HATI yg sentiasa kuat dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam dunia ini..
moga terus thabat di mana jua keberadaan diri ini

HATI saya, SAYANG saya...

*finally, 2.4 is OVER!!*

ALHAMDULILLAH, got BETTER RESULT then B4..

hari ini lebih baik daripada semalam..


~salam sayang, rindu slalu~
























cik puan HATI

KADANG...
terfikir, pe nak buat eh??
camne nak dapat JODOH plg baek eh??

THEN..
hati kata,
wei, 
perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik & sebaliknya..
o0o0o0o0o0o....
so, kene jadi baek la kan?? kan..kan..

tiba2 jadi baik, 
berusahalah jadi MUSLIMAH TERBAIK!!

wei gegurl..
ingat ea..
ko jadi baik semata2 niat nak dpt pasangan yg baek??
smata2 keyakinan tu..

bukan semua NIAT kita bcoz of ALLAH??
wei..ingat..
kalo kita niat utk dak lelaki yg kite suke, then x dpt..
susah wei..
bleh jd x istiqomah ngan kebaikan tu..
PAHAM x ni org cakap??

tokseh nk berlakon..
p jadi BAEK bcoz of ALLAH..K,

HIDUP ITU INDAH JIKA SEMUANYA KERANA ALLAH!!

k, moga terus jadi yg TERBAEK!!

~salam sayang rindu slalu~



~Kau Ilhamku~

kau ilhmaku dalam diam..
beribu bintang di langit kini menghilang..
ada .... 
#ntah apa2, lagu pon salah#

cuma nak share utk tatapan diri ini juga hati ini tergaru & terharu.. 
#pinjam kata2 ye En. Hadi#

hari ni, hr terakhir miss kat sni..
insyaAllah, jumpa lagi..
betapa hati ini akan merinduinya setiap masa..
bkn apa, 

dis is my reasons....bla..bla..bla.. #cukup!!! dgr je..opss, bce la wei..#

1.she treat like my mom
2. wonderful lecturer
3. simple but triple in action.. (?????)
4. sweet?? nop!!! manes utk sgla2nya..apalagi KENANGAN bersamanya..
5. kalo nak tulis semua, x MUAT blog ni..

biarlah jauh di sudut HATI, namanya terukir INDAH,
biarlah doa menjadi pengiring dalam PERJUANGANNYA!!

~salam sayang, rindu slalu~

anak didikmu :)

Sunday, 9 September 2012

Tentang Kita

Awak...awak oke x??
risau la tgok awk cmtu..

i'm ok..
(bajet2 ok konon)

jgn la cmni awk..risau la sy ngan awk..
awak sakit, sy rsa lebih skit tau..
(ewah2..manisnya...)

dun worry,
i oke..k :)
(siap bg senyuman manis...)

#kalo bca dgn nada jiwang, anda akan jiwang#

kan manis kalo benda tu kita saling & slalu ungkapkan ngan usrahmate kita..
ngan sahabat2 kite..
dgn hadeq-beradeq kite...
tntu SWEEEEEEEEETTTTT........... kannn....

so, kalo nak berjiwang sangat pon dgn yg bkn mahram, biarlah yg halalan utk kite..
#sampai ketemu nanti#

KHALIFAH???


~kaki melangkah~

Sekadar perkongsian buat semua yang melangkah...

1 Syawal merupakan satu detik kemenangan buat semua umat Islam..
Kita takan dapat bayangkan kegembiraan bersama sanak saudara, sahabat handai
patah lagi setelah kita lama di perantauan (perantauan la sangat..)

1Syawal thn ni..
satu ayat yg x disangka ku dengari..
nak tau apa??

1 person told me..
"x puasa Syawal ke"??

dgn penuh selamba aq pon jawab..
agak2 la 1 Syawal pon nak pose..

then, pa org tu jawab,
ingat nak pose lagi..
jgn la nak jadi alim sangat!!!

gulp~~~
Ya ALLAH, perkataan apakah itu??

(bila pikir, salah aq jga..)

yela, sape suruh jwb ntah ape2..
kan dh kene..

tp, mmg tu la HAKIKAT KITA
bila kita dah mula menapak kat jalan yang SUMPAH PANJANG ni,
semua benda kita kena hadapi..

UBAT cuma SATU
ingat JANJI ALLAH!!!

SABAR ye sayang :)

PIDATO Bahasa Melayu Kontekstual

by: A'yun Fariah

TEMA: GLOBALISASI PENDIDIKAN DENGAN PENEKANAN TERHADAP PEMUPUKAN MINDA KELAS PERTAMA


Tajuk: “Minda Kelas Pertama, Bersediakah Kita?”

 Bismillahirrahmanirrahim…

Sekalung apresiasi buat saudari pengerusi, Salam hormat buat tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, barisan pensyarah, rakan-rakan serta hadirin yang dihormati. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Bermula tahun 1951, sistem pendidikan mula diperkenalkan. Hatta, sebelum merdeka, sistem pendidikan sudah bermula walaupun tidak begitu ketara. Sedangkan kini pendidikan menjadi tumpuan utama zaman pascamerdeka. Ia tidak lain dan tidak bukan demi menghasilkan aset-aset negara yang berjaya bukan sekadar jaguh kampung semata, bahkan di peringkat antarabangsa. Justeru, minda kelas pertama, bersediakah kita? Demikian mauduk bicara yang bakal kita rungkai dan hayati bersama.

Hadirin – hadirat yang saya hormati,

 Minda kelas pertama merupakan ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Dan apabila kita berbicara tentang “bersediakah kita”,  kita perlu meneliti pengisian – pengisian yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pemupukan minda kelas pertama dijalankan seiring dengan nada keperluan.

Tuntasnya, ‘minda kelas pertama, bersediakah kita’ berkehendakkan kita untuk berbicara tentang pelaksanaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan berkenaan langkah yang diambil bagi melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama. Tiga cerakinan idea akan menjadi asas bicara.  Pertama, pendidikan berkualiti peneraju realisasi misi. Kedua, pembangunan penyelidikan mempertingkat saintifik dan inovasi. dan ketiga nilai murni disemai, akhlak dituai.

Hadirin yang dihormati,

 Pertama, pendidikan berkualiti peneraju realisasi misi. Kajian separuh penggal pada tahun 2006- 2010 di dalam teras kedua Rancangan Malaysia kesembilan menunjukkan kualiti dan akses kepada pendidikan telah ditingkatkan. Institusi pendidikan tertiari bertaraf antarabangsa diwujudkan.  Jurang prestasi pendidikan luar bandar dikurangkan, infrastruktur ditambahkan. Program pendidikan prasekolah dan pembangunan awal kanak-kanak dilaksanakan. Hasilnya, enrolmen di institusi awam dan swasta meningkat baik di peringkat rendah mahupun tinggi. Sebanyak 60% jumlah staf akademik di institusi awam berkelayakan doktor falsafah dilahirkan menjelang 2010. Maka, kita lihat peningatan dan penguasaan ilmu pengetahuan berjaya ditingkatkan. Anak-anak tidak dipinggirkan, cendekiawan mula bertebaran, golongan profesional menghuni di setiap keperluan menunjukkan minda kelas pertama berjaya dihasilkan.

Kedua, pembangunan penyelidikan mempertingkat saintifik dan inovasi. Keperluan dan cabaran global hari ini adalah berpaksikan kepada aset modal insan yang berpengetahuan serta berinovasi tinggi. Dunia kini tidak mengenal siapa yang kaya dengan sumber fizikal, kedudukan strategik dan usia tamadun semata-mata, tetapi memandang kepada kualiti modal insannya yang menjadi peneraju kekayaan dan potensi negara.

Hadirin yang dihormati,

Profesor Michael Gibbons, Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel menyatakan bahawa globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran berkualiti yang menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang metodologi, psikologi, pengujian dan penilaian. Maka, menjadi satu keperluan untuk para guru mengubah cara pengajaran lama kepada cara baru yang lebih efektik dan efisien. RMK-9 turut menyasarkan penghasilan 50 ahli sains dan jurutera penyelidik bagi setiap 10, 000 tenaga buruh menjelang 2010. Hasilnya, nisbah ahli sains dan jurutera penyelidik yang dihasilkan adalah 17.6 pada tahun 2006.

Maka kita lihat, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan tidak dapat dipisahkan, ibarat irama dan lagu, ibarat isi dan kuku kerana ia menjadi pemangkin kepada inovasi yang melahirkan insan yang proaktif seterusnya menyumbang untuk kepentingan bersama selaras dengan ciri minda kelas pertama.

Hadirin yang dihormati,

Ketiga, nilai murni disemai, akhlak dituai. Herodotus, ahli falsafah Greek kuno menyatakan bahawa pengamalan nilai moral yang dilengkapi dengan pembudayaan ilmu pengetahuan serta ruang lingkup kehidupan yang dihiasi dengan warna-warna perikemanusiaan merupakan satu bentuk pakej yang tidak boleh dipisahkan kerana apalah gunanya kekayaan material semata-mata, tetapi sayang, masyarakatnya kontang dari pengisian jiwa dan pembangunan minda. Kekayaan moral meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan mengikut norma-norma sebagai masyarakat timur. Maka, inisiatif kerajaan melaksanakan program khidmat negara misalnya telah memberi manfaat kepada 195, 000 belia negara dan kepada 1,016,749 belia melalui program Biro Tatanegara. Semangat patriotik, nilai kekitaan dan pengamalan norma-norma ketimuran dibudayakan.

Hadirin sekalian,

Konklusinya, negara sudah bergerak dan berjaya dalam pemupukan minda kelas pertama.  Kini tiba masa untuk kita meletakkan satu matlamat. Minda kelas pertama harus dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Pembangunan negara memerlukan sokongan yang tidak tersekat agar kemajuannya dapat dipertingkat seterusnya memberikan kebaikan kepada rakyat. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih.

Saturday, 28 July 2012

UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA

ALHAMDULILLAH...
bersyukur ke hadrat Illahi, dengan izin-Nya, program Qiam yang dirancang telah dilaksanakan dengan lancar..
Buat pertama kalinya, akhowat Rajang, Sibu, Mukah, & juga Bintulu berkumpul bersama-sama..
betapa ukhuwwah yang benar-benar indah
UKHUWWAH FILLAH..

Maka benarlah firman Allah, dalam surah al-Anfal, 8:63

"walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada
di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati
mereka (orang-orang beriman), akan tetapi Allah telah
mempersatukan hati mereka"

Demikian di antara isi tazkirah yang telah ana kongsikan usai bacaan ma'thurat..
betapa ukhuwwh kerana ALLAH yang menjadikan kita lebih kuat
bertaut jauh dari sudut hati, bukan di atas lisan ataupun rupa fizikal semata-mata
betapa NIKMAT yang ALLAH kurniakan tak mampu dijangkau oleh aqal fikiran..

moga terus thabat di jalan dakwah & tarbiyyah ini...

"UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN"

motto yg sentiasa jadi pegangan lantaran baru terjentik dan tersedar akan kepentingan ukhuwwah fillah dalam kehidupan ini..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH :)

Saturday, 7 July 2012

Sentuhan Jiwa-jiwa :)

DAKWAH itu bukan sindiran,
DAKWAH itu bukan memerli,
DAKWAH itu bukan menakut²kan,
DAKWAH itu bukan kekerasan,
DAKWAH itu bukan paksaan,
DAKWAH itu bukan terjahan,







Namun.. DAKWAH itu adalah ajakan..



Ajakan bagaimana?
Ajakan yg paling berhikmah,
Kerana DAKWAH bermula dengan membina jambatan Hati,
DAKWAH terbaik adalah yg memenangi hati, bukan yang mengguris hati..