Thursday 27 September 2012

Ku Selami 2 CINTA

by: A'yun Fariah



KU SELAMI 2 CINTA
By: ayunfariah.
Ara: Salam.
Dani: Salam.
Ara: Dah bangun blom?
Dani: Dah. Awak?
Ara: Dahla awak, pas Tahajud tadi terus stay up sampai Subuh. Rasa rugi nak tido.
Dani: K, la, nak solat Subuh dlu. Salam.
Ara: K, Salam. Hv a nice day..^_^

Demikianlah indahnya hidupku apatah lagi dalam usia remaja ini. Setiap keinginanku dipenuhi baik daripada keluargaku mahupun keluarga bakal mentuaku. Lagakku bagaikan puteri bagi mereka. Setitis  pun takkan dibiarkan kesakitan menimpaku jika mereka mampu mengawalnya. Syukur bagiku hidup dalam keluarga yang Islam jadi pegangan hidup dan seawal usia belasan tahun aku sudah dijodohkan dengan anak kawan papa sendiri yang sama berpegang teguh dalam landasan Islam. Cuma, mama dan papa tidak pernah mempertemukan kami selain aku yang memulakan penghantaran sms kepadanya. Hasil mencuri daripada hp abah. Biarlah, selagi aku tidak pernah menyalahi batas dalam perkataanku ataupun tidak sesekali  menelefon adalah cukup bagi aku untuk menjaga batasan antara kami yang bergelar tunangan antara satu sama lain.

....................................................................................

“Hai Zahrah, minggu depan ada apa-apa rancangan tak?” soalan daripada temanku Balqis menyedarkan aku dari lamunanku.
“Takde buat apa-apa? Kenapa?”
“Tak de la, ingat nak bawa awak gi Penang Jumaat depan. Lepas kuliah kita pergi.”
“Kita berdua je?”
“Tak la. Geng-geng biasa.”
Terbayang wajah Su, Wiyah, Ija, Abb, dan Yus. Aku hanya mampu tersenyum.
“Ok.” Balasku pada Balqis dengan senyuman yang cukup manis.

...........................................................................................

13 Ogos 2012
Tarikh yang kami tunggu telah tiba. Kami sekawan mula berangkat meninggalkan kampus kesayangan kami. Sekawan doktor bila dah keluar dari kandang tahanan, hanya Allah saja yang tahu bagaimana terasa kebebasan seperti burung terbang di udara. Destinasi yang dituju agak jauh, namun ia satu keseronokan bagi kami. Tiba kami di destinasi, disambut mesra oleh Kak Wardah dan beberapa adik-adiknya yang seusia kami. Sementelah kami di Penang, kami akan menginap di rumah sahabat-sahabat di sini. Esoknya, perjalanan kami bermula di kawasan pantai dan taman-taman rekreasi bagi mendapatkan ketenangan jiwa dengan melihat kebesaran ciptaan-Nya. Perjalanan kami teruskan untuk hari-hari seterusnya di beberapa tempat lain dan kawasan yang menjual cenderamata untuk kami membeli beberapa buah tangan untuk kawan-kawan serta buat kenangan sendiri. Setiap malam pula adalah waktu untuk beristirehat bagi menghilangkan kelelahan siang tadi serta proses mengembalikan tenaga untuk kegunaan esoknya. Demikianlah apabila otak doktor berfikir.

Tepat jam berdenting menunjukkan pukul 12 pagi. Suasana hingar-bingar mengejutkanku daripada lena yang menemani kepenatan jasmani.
“Zahrah, cepat bangun. Zahrah!!!” kedengaran suara Yus berteriak di depan pintu.
Bagaikan satu kecemasan, aku bingkas bangun dari tempat tidur. Secepatnya baju sejuk ku ambil serta tudung yang tersidai di tepi katil demikianlah nasihat mama sedari kecil agar menyediakan kelengkapan sebelum tidur agar diri dan aurat sentiasa terjaga hatta sewaktu kecemasan sekalipun.
“SURPRISE!!!” teriakan suara daripada sahabat-sahabatku yang lain bergema memecah kesunyian hening malam.

“Ada apa Yus?” demikian pertanyaanku dalam keadaan masih separuh tidur.
“Zahrah, bangun la.” Sekali lagi Yus berteriak sambil menggambit tanganku berkumpul menuju kumpulan sahabat-sahabatku yang nyata jelas bersedia.
“Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Nur Zahrah binti Mohd. Aiman.”
Hah!!??? “Hari ini hari jadi aku ke?” monologku sendirian di dalam hati. Demikianlah antara perencah kehidupanku dalam kehidupan kampus ini. Tidak kusangka jua, usiaku yang ke-20 ini bakal mengubah darjah kehidupanku 360 darjah, menyedarkan aku daripada lena yang panjang.
…………………………………………..
Tanganku masih memegang erat senaskhah al-Quran yang dilengkapi dengan terjemahan dan hukum tajwid serta asbabun nuzulnya sekali. Sepanjang hidupku, selain abah dan mama, tak pernah pun sesiapa menghadiahkan aku dengan terjemahan al-Quran. Apatah lagi sahabatku. Buat pertama kalinya terjemahan al-Quran ku buka setelah hampir seminggu al-Quran dengan kulit pink ini menjadi milikku. Mataku terpaku pada halaman yang baru sahaja ku selak. Masakan tidak, sepotong ayat telah menyebabkan hati ini bergoncang dan bergetar ketakutan, badan menggigil tak keruan.

“dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yg buruk” (Surah Al-Isra’ : 32)

Teringat kembali kata-kata Ustazah ketika Tingkatan 5 dahulu.

Rasulullah bersabda : mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia.

Terus hati ini beristighfar pada-Nya. Teringat jua kata-kata naqibahku setahun yang lalu bahawa niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil walaupun niatnya penuh kebaikan. Sesungguhnya, Allah S.W.T telah menyatakan dengan jelas di dalam al-Quran:

“dan (juga) kaum Ad & Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan2 mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka adalah orang2 yang berpandangan tajam” (Surah Al-Ankabut : 38)


Lantas, ku capai telefon bimbitku.
Assalamualaikum. Maaf akhi, inshaAllah, ini  sms terakhir daripada ana. Baru ana sedar kesilapan dan dosa yang ana lakukan selama ini. Mungkin benar kita tak pernah berbicara langsung apatah lagi bersua walaupun setelah hampir  2 tahun ana mengetahui diri ini sudah dimiliki. Namun, zina hati yang tak kelihatan lebih menakutkan diri ini. Ana yakin, akhi faham apa yang cuba ana sampaikan. Asif, ana khilaf selama ini. Salam buat ummi dan walid ya. Assalamualaikum W.B.T

 
 






SMS terakhir ku hantar dan buat pertama kali jua ku aku menggunakan perkataan ana dan akhi untuk berbicara dengan tunanganku sedangkan sudah ribuan sms ku hantar dengan kata-kata santai seorang remaja. Balasanku terima daripadanya hanyalah sebaris perkataan “Alhamdulillah.” Aku sendiri tidak memahami apa yang dia syukuri. Mungkin saja kesedaranku.
………………………………………………..
Usai solat sunat syukur dua rakaat, upacara membatalkan air sembahyang dilaksanakan. Kedengaran suamiku mengucapkan ungkapan Alhamdulillah. Sekali lagi, kenangan 5 tahun lalu menjengah ke kotak minda.
…………………………………………………
Buat pertama kali berbicara secara bersua bersama suamiku yang ku kenali sebagai tunanganku sejak sekian lama menjadiakn aku sedikit gugup. Namun kugagahkan jua bibir untuk bersuara.

“Abang, Ara ada nak tanya.” Ku gelarkan diri sebagai Ara. Kedengaran manis kata suamiku .
“Ye.”
“Apa maksud abang tentang perkataan ALHAMDULILLAH masa aya anta msj kat abg dulu? Abg masih ingat kan?” Lancar sahaja ku ungkapan persoalan yang menyelubungi hatiku selama ini. Perasaan ingin tahu melonjak-lonjak di jiwaku. Dengan penuh senyuman suamiku menerangkan satu-persatu.
“Ara kenal tak dgn Ummi Su dan akhi Yusuf?”
“Kenal. Kan Ummi Su naqibah Ara dan Akhi Yusuf zauj ummi.”

treng..teng..teng.... :D

Baru la ku tahu, suamiku adalah anak usrah suami naqibahku sendiri. Setiap sms yang ku hantar dibaca sendiri oleh naqib suamiku serta ummi. Betapa malunya aku tika itu, namun semua itu dah berlalu.

“Tapi abg, nape tak tegur Ara masa tu? Kan abg dah tau tentang semua tu?”
“Naqib abg dah cerita dgn ummi dan mereka dah berbincang cara nak settlekan hal ni. Lagipun, ummi kata isteri abg ni keras hati kadang-kadang dan mudah terasa lagi.”

Oh, baru la ku memahami kenapa ummi selalu berjumpaku selepas usrah secara peribadi bertanya perihal perjodohanku dan sering menasihatiku secara halus namun kurang ku dalami maksud kata-kata ummi itu. Ku sedari jua balasan sms bakal suamiku selama ini yang endah tak endah sahaja. Tambah suamiku, terjemahan Al-Quran jua pemberiannya dikirim pada Akhi Farez zauj Kak Wardah. Muka surat surah Al-Isra` jua sengaja ditanda agar aku sengaja membukanya. Bila diingatkan kembali, lucu juga teguran yang disampaikan padaku. Masa yang agak lama diambil baru ku sedar, namun berhasil lantaran kesabaran naqibahku dan bakal suamiku agar aku tidak tersinggung. 

Sesungguhnya, kasih-sayang yang bermatlamatkan kerana Allah S.W.T pasti akan dibantu jua oleh-Nya. Cepat atau lambat, Hidayah itu milik Allah. Ok???  Cinta dan kasih-sayang yang ditunjangi dengan kecintaan kepada Allah S.W.T menyuburkan lagi keindahan hidup. Apa yang penting dalam hidup ni, DAHULUKAN & UTAMAKAN CINTA kepada ALLAH & RASULULLAH.. InsyaAllah, kita akan memperoleh CINTA yang lain :)

~sekadar coretan~

No comments:

Post a Comment