Tuesday, 27 October 2015

Sekian lama menghilang...

Sekian lama menghilang di alam maya penulisan blog bukanlah menjadi penyebab aku terus hilang di alam penulisan. Setahun setengah tanpa coretan di blog ini menjadikan aku seorang aku. Menjadikan aku terus berfikir bagaimana cara untuk terus bermujahadah berkarya. Istiqomah melakukan semua perkara keranaNYA.

Sungguh, kekadang aku tersasar. Mengharapkan habuan dunia yang sementara. Akhirnya, kerana Allah masih menyayangiku, DIA mengembalikanku ke alam nyata. DIA menarik tangan & hatiku dengan kasih cintaNYA.

ALHAMDULILLAH. Aku masih di sini. 
ALHAMDULILLAH. Aku masih menanti.
ALHAMDULILLAH. Aku masih berada dalam pelukan cinta Illai.

ALHAMDULILLAH, Ya Allah!

Tuesday, 31 December 2013

Syurga Rumahtangga para dua't

Sebelum tirai 2013 dilabuhkan, jemari ini seakan bergetar ingin menukilkan perkongsian yang dikongsi daripada seorang Mak Cik yakni seorang ukhti yang telah masak dalam perihal kehidupan, punya 1001 pengalaman dan seorang muslimah yang menjadi sosok teladan buat diri ini.

Sungguh, walaupun kehadirannya ku sedari baru beberapa ketika, namun perkongsiannya sungguh luar biasa.

Bermula dengan kisah kami dipertemukan di penghujung tahun 2012 sehinggalah kini di penghujung tahun 2013, jiwaku tersentuh dek keramahan dan kelembutan hatinya. Hatiku terikat dengan kasih-sayangnya. Mana mungkin aku bisa melupakannya.

Mungkin agak peribadi untuk diceritakan, namun cukuplah sekadar sedikit coretan yang mampu membangkitkan himmah, meningkatkan hamasah insan kerdil seperti aku.

Seorang ukhti yang mempunyai keluarga. Cukup ku gambarkan, Sakinah Mawaddah wa Rahmah kehidupan mereka. Ad-Deenul Islam menjadi sistem dan cara hidup mereka. Sungguh, daku terinspirasi dan jatuh cinta.

Walaupun 1001 cabaran dan keka ngan dihadapi, namun keimanan dan ketaqwaan dalam diri menjadi penguat kepada paksi kejayaan hakiki.

Meraih redha Illahi dan membentuk diri serta keluarga melalui satu sistem tarbiyah merupakan wadah dalam pembinaannya.

Membina diri, membentuk keluarga, membantu ummah!

Wednesday, 30 October 2013

Feeling burdened?

Whenever you are thinking Allah had been doing cruel to you just because some unaccepted reason, turn back to HIS firman in the Quran. Allah always reminds us:

Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people."
(Al-Baqarah; 2:286)

Something had happen. But Allah show me the way. ALHAMDULILLAH :)
Thank you Allah for all the guidance!

Tuesday, 29 October 2013

Anda Ingin Kuat?

Saat Sang Dai'e merasakan iman menurun, jiwa melemah, saat itu Sang Syaitan meningkatkan keazaman. Si anak Adam harus digoda berhabis-habisan.
Saat jiwa meruntun, menginginkan kenikmatan duniawi, saat itu si iblis meneroka ke puncak hati.
Saat hati mula dimamah virus barat yang kian melarat, Si Syaitan terus membius vaksin pemusnah ummat.
Saat ruh telah hilang dimamah rasa goyah, jasad bagaikan turut merebah.

Lantas saat inilah yang menjadi perlunya Sang Hamba pada pencipta-Nya segera kembali kepada asal kejadiannya.
Meminta hanya pada Allah, memohon hanya daripada-Nya.
Saat paling tepat untuk terus menangis di lewat malamnya, agar syaitan tidak punya masa untuk bersamanya.
Menyibukkan diri bersama ummah di siang harinya, baik bekerja mahupun dakwahnya di sini dan di sana.

Sungguh, hanya al-Quran dan sunnah Rasulullah mampu menjadikan dirimu KUAT lebih sebagaimana sepatutnya.
Kerana dirimulah UMAT TERBAIK yang dicipta!

Khaira Ummah!

Bagimu Akhawat

10 Sifat Wanita Tercantik di Dunia!

Bagimu Akhwat ..

Sepuluh Sifat Wanita Tercantik Di Dunia 

1. Seorang wanita yang menghafal Al-Quran dan melaksanakan hukum-hukum yg ada di dalamnya.

2. Seorang wanita yg menjadikan wanita-wanita sahabat Nabi sbg suri tauladan dalam kehidupannya.

3. Seorang wanita yang tidak menoleh kepada seruan apa saja, dari sana sini yang mengajaknya untuk meninggalkan kehormatan, kesucian, dan rasa malunya.

4. Seorang wanita yang menunaikan kewajibannya dlm berbagai sisi kehidupan.

5. Seorang wanita yang taat kepada suaminya dalam perkara yang ma'ruf dan menjadi teman dan penolongnya dalam kebaikan.

6. Seorang wanita yang menahan diri dari kenikmatan tidur untuk berdiri di hadapan Robb-Nya, menegakkan solat dan memohon pahala dan ganjaran kepada-Nya.

7. Seorang wanita yang menunaikan puasa sunnah, mengharap keridhoan, cinta dan keberkahan dari Robb-Nya.

8. Seorang wanita yang menjaga lisannya dan tidak merendahkan kehormatan orang lain.

9. Seorang wanita yang tidak melihat kepada apa yang Allah Ta'ala haramkan.

10. Seorang wanita yang mengedepankan suami, anak-anak, harta serta jiwanya di jalan Allah Ta'ala dan dalam rangka pembelaan terhadap agamanya.

Semoga Allah memberikan keberkahan kepada wanita muslimah di mana saja berada !

By : @irena_handono
Fanpage : Irena Center

Sunday, 27 October 2013

Bajet 2014 Terkini!

Malaysia kini disibukkan dengan kes tembak, Bajet 2014, GST, PRK, Bola dan banyak lagi.
Jadi, sebagai rumusan kepada semua perkara tersebut, ulasan keseluruhan dikemukakan:

Ringkasan Bajet 2014 (kendiri) Terbaru:

1. Al-Quran dan hadith dijadikan panduan oleh semua rakyat dalam kehidupan.
2. Tingkatkan Mutaba'ah amal sendiri dan sahabat-sahabat.
3. Pembentukan Peribadi Muslim yang unggul.
4. Usaha menyebarluaskan dakwah dipertingkat kepada seluruh lapisan masyarakat.
5. Islam sebagai ad-Deen, in shaa Allah, Malaysia akan aman sentosa ;)

Peace no war!

Ubat Paling MUJARAB!

Syukurlah Malaysia Masih Aman =.='

Syukur.
Alhamdulillah.
All praise is to Allah.

Dan segala macam kesyukuran perlu untuk kita luahkan buat negara Malaysia tercinta.
Tapi,
Sedar tak sedar,
Sedih tak sedih,
Rasa tak rasa...

Pak Cik Guard tembak pegawai bank.
Harapkan pagar, pagar makan padi.

Tembak-menembak sesama manusia.
Burung atas pokok lebih selamat taw.

Kes buang bayi, rogol, samun, tarik mesin ATM & macam-macam lagi.
Memang tak dinafikan semua perkara tu mungkin ada di negara lain, tapi...
Tepuk dada, tanya hati. OK!

Satu sahaja penyelesaian paling MUJARAB.
TARBIYAH membentuk INDIVIDU MUSLIM sebenar.

Sunday, 22 September 2013

Honestly, I am jealous!!!

Mak Cik , onesli, aku jeles!!

Entah, aku sendiri lupa bila saat aku mula mengenali mereka. Cuma, pengalaman pertama sungguh manis saat itu. Menaiki kapal terbang menuju LCCT Kuala Lumpur. Tepat jam 11:30 malam, ketibaanku disambut baik oleh Mak Cik S dan Mak Cik N. Disambut mesra jua oleh akhawat-akhawat yang sangat aku sayangi lillahi taala. Saat itu, akhawat lain bergerak terlebih dahulu, ada urusan yang perlu mereka selesaikan keesokan harinya. Aku pula bersama Mak Cik N dan Mak Cik S menuju ke rumah akhawat di Gombak. Kehadiran kami disambut riang oleh dua kakak kembar dan akhawat lain di RI tersebut. Saat itulah ku merasakan kasih-sayang yang maha dahsyat daripada mereka, Mak Cik S & Mak Cik N.

Keesokan harinya, kami berangkat ke UIA. Menjengah sebentar anak kedua-duanya. Kak K, anak kepada Mak Cik N dan juga anak kepada Mak Cik S. Menemani Mak Cik S dan Mak Cik N di sana dalam beberapa jam, sungguh aku senang menemani mereka. Betapa ku rasakan andai kedua orang tuaku berada di situ bersamaku.

Kedua, pertama kali ku menjejakkan kaki ke kampung halaman mak cik di Kampung Saai bersama Kak D, Kak A & Dik A. Aku mula mengenali si kecil Fara dengan lebih dekat. Telatahnya menyenangkan aku. Fara comel dan ajaran Islam tertanam utuh di dalam dirinya. Sungguh, aku jeles mak cik!! Melihat anak sekecil itu dengan keislaman yang diterapkan sebagai cara hidup. Mengenali Pak Cik M, mendengar cerita antara kalian. Kehidupan dan keazaman mak cik dalam membentuk baitul muslim dan mendidik keluarga. Onesli, aku jeles!!

Mak cik, seyes, aku jeles dengan kelembutanmu. Panggilanmu menyentuh hatiku yang keras, jiwaku yang lembut. Anak...sayang... YA!!! Itulah gelaran yang kau berikan pada diri ini. Mungkin saja itu gelaran biasa bagi kebanyakan insan, namun dengan latar belakangku yang memang sebati dengan kekasaran, bisakah aku menahan perasan. Sungguh, ia memberikan kesan mendalam pada diriku mak cik. Kini, tutur kata ku jaga lebih, bahasa kuperelokkan sesedap telinga mendengar. Terima kasih atas kasih-sayang itu mak cik.

Keberadaanku di rumah mak cik saat itu, meskipun hanya sementara cukup membuahkan kebahagiaan buatku. Saat perbincangan kita untuk persediaan kursus, dakapanmu membuatku terasa bahagia. Layananmu menghilangkan benteng antara kita. Sungguh, ku rindu dan menyayangimu mak cik.
Kesibukan dan semangatmu dalam melaksana dakwah dan tarbiyah menjadikan aku semakin jeles padamu mak cik!! Dalam keadaan dirimu sakit, perlukan rawatan, gangguan kesihatan, kau tabah dan penuh beremangat melangkah. Sungguh, dirimu inspirasiku. Kau menjadikan jiwa mudaku semakin cemburu padamu. Sungguh mak cik!!

Ketibaanku di kampung itu buat kali kedua kau sambut dengan senyum. Pelukkan eratmu mendamaikan jiwaku. Mana mungkin aku tidak cemburu mak cik,  tak pernah kau tinggikan suara, melainkan dengan ketegasan. Sayangku padamu semakin ku rasakan. Maafkan aku mak cik, andai terlebih dan terlalu menyayangimu. Kerana kasih sayang kerana Allah, cinta di jalan dakwah, aku berusaha membantumu. Aku menyayangimu kerana padamu wujud kecintaan padu pada Allah dan Rasulullah.

Sepanjang program, kita saling berinteraksi. Kau dan Mak Cik N mengajarku erti menyantuni. Menyantuni masyarakat, keluarga dan sesiapa jua yang bersama kita. Mak cik, sungguh, aku mencemburuimu. Cuma diriku kehairanan, tiada foto kita bersama, tiada foto kita berdua melainkan bersama mereka yang lainnya. Namun, aku sayang dan rindu padamu mak cik. Sehinggakan setiap kenangan kita bersama terlakar indah di memoriku.

Saat tamatnya program itu, kita melangkah bersama. Kau pegang erat tanganku. Kita bincang bersama program yang seterusnya. Kita saling meluah rasa, berusaha menyebarkan risalah Islam ini. Sungguh, aku cemburu padamu mak cik!!!

Saat yang takkan pernah ku lupa, saat-saat indah bersamamu. Kepulanganku kau hadiahkan dengan satu madah bicara yang indah membuai rasa semanis halwa telinga kedengaran sentiasa. ‘Ini kesayangan mak cik ni’. Doamu ku harapkan kerana doamu jua menceriakan daku sentiasa. Sungguh, aku mencintaimu dan menyayangimu kerana Allah mak cik. Moga kita kan menjadi keluarga cinta sampai syurga.


Tekadku kini, ingin ku bina keluarga menuju ke arah kecintaan terhadap Rabb yang Maha Esa. Cinta dan rindu pada rasul-Nya. Demikian juga Baitul Muslim yang bakal ku bina, in shaa Allah, jika jodohku di dunia sebagaimana ketetapan-Nya. Inginku ku bentuk anak-anakku kelak sebagaimana dirimu mendidik mereka. Sungguh, aku mencemburuimu duhai Mak Cik S J

Kun Fayakun Bahagian 1

Kun Fayakun 1

Hati sekeras umpama batu yang setiap hari dititis deras sang air juga bisa rapuh, inikan pula sekeping hati yang sememangnya rapuh dan luluh. Jiwa sekental mentari, berbara panas jua bisa dingin sedingin salju andai sapanya lembut hingga menusuk ke tulang sumsum diri.
Lantas, aku seorang manusia hanya insan biasa yang sering kali alpa. Mengapa bisa aku dijadikan seperti malaikat tanpa silap apa jua dalam hidup yang serba fana. Langkah kaki mulai goyah meski hati rasa payah. Namun ku tetap gagah melawan segala mehnah yang melanda resah walaupun terasa jerih payah. Kerana aku sedar aku siapakah?
...................................................................................................................................................................................................................................

Usai program pertama bersama, acik menggenggam erat tanganku.
‘Ira, acik rancang nak buat program untuk budak sekolah rendah pula. Kat kampung sebelah. Kak Za pun dah bagitau nak buat sama-sama. Dia yang rancang. Acik rasa rugi pula kalau peluang ni kita tak manfaatkan.’

‘wah, bagus juga tu acik. Bila rancangnya nak buat? Boleh la Ira bantu apa yang termampu.’

‘Warga kat sini minta buat semasa cuti. Jadi, acik nak minta tolong Ira fikir dan cuba rancang bersama la apa program yang boleh dibuat bersama budak-budak tu nanti. Lain-lain hal, kita boleh bincang kemudian.  Acik cuma harap dapat laksanakan secepat mungkin. Tak nak dah tangguh-tangguh.

‘Cadangan nak buat untuk umur berapa cik?’

‘Acik pun tak pasti. Ira rasa macamana?’

‘Ira rasakan, better kita buat untuk Tahap 2 cik. Jadi, mereka lebih senang untuk program bersama remaja.’

‘Ok juga tu. Nanti Ira fikir la apa yang patut. In shaa Allah, kita laksanakan bersama. Moga saja dipermudahkan oleh Allah.’

‘In shaa Allah cik.’

Langkahku diiringi senyuman saat itu. Tangan acik Ima masih dalam genggamanku. Kadang-kadang aku bagaikan tak percaya keadaan itu. Hmmmm... yelah, bersama insan yang tak pernah ku kenali selama ini, namun kini kami bersama. Ya, Cuma satu keyakinanku, cukuplah Allah menyatakan kun fayakun sekiranya DIA inginkan sesuatu itu terjadi.

...................................................................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum acik. Alhamdulillah, perancangan untuk program seterusnya kat kampung sebelah dah siap. Bahan pun dah ada, Cuma tinggal nak bincang dengan acik je lagi. Bila Ira balik cuti nanti, kita bincang sekali dengan kak Za. Mohon doanya ye cik. Jaga diri, jaga kesihatan J

Butang SEND ku tekan. Arahan DELIVERED menandakan mesej berjaya dihantar. Ira kini mampu tersenyum. Yelah, satu amanah dah berjaya diselesaikan.

Waalaikumussalam. OK! Nanti kita bincang sama-sama ye. Acik tengah dengar ceramah Ustaz Alias kat masjid ni. In shaa Allah, acik sentiasa doakan untuk kita semua sayang J Moga Allah mempermudahkan segala urusan.  

Balasan mesej mak cik Ima ku terima. Alhamdulillah, satu persatu tugasnya berjaya diselesaikan.
Cuti dirasakan terlalu lama apabila mengenangkan cinta hatinya di tempat belajar. Mana mungkin dia tidak rindukan gelak tawa dan kasih-sayang teman seperjuangan. Namun, masa juga dirasakan teralu singkat bilamana mengenangkan saat bahagia bersama keluarga tersayang.

Namun, Ira perlu tabah. Kata-kata daripada papa dan mama sentiasa menjadi semangat buat dirinya. Mama, walau pelajaran tidak setinggi mana, tapi dia seorang wanita cekal dalam hidupnya. Papa, meski tiada pekerjaan gah seperti orang lainnya, namun dia wira dalam hidup Ira. Anak-anak semuanya terdidik, walau ada jua salah silapnya sebagai manusia biasa.
...................................................................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum. Ira, habis cuti? Ada program kat kampung bulan depan. Dalam 3 minggu lagi?

Waalaikumussalam acik. In shaa Allah, habis cuti hujung minggu ni. cuma, Ira rasa takde kat sini kot nanti semasa program tu acik. Ada pertandingan kat Bangi. Kalau ada apa-apa perubahan, nanti Ira contact acik lagi ye. Nak bincang tentang program kita yang seterusnya tu. Cuma, ada apa-apa tak yang boleh Ira tolong?

Ye ke? Kecewanya... :-‘( :-‘( :-‘(...  xda lah. Gurau je syg! Kalau Ira free, acik cadang memang nak ajak Ira. Tentang next program tu, acik rasa better kita bincang dengan Kak Za sekali. Sebab acik memang target supaya mereka boleh bergerak nanti.

Ala... hehehe..ok acik. Janganlah kecewa..huhhu.. in shaa Allah, next program, Ira free. Nanti kita jumpa Kak Za sekali la bila acik balik kampung ye J

Ok, minggu depan kita cuba balik kampung dan jumpa Kak Za. Boleh bincang terus nanti.

Alhamdulillah, satu persatu, urusan dipermudahkan. Cuma satu ku rasakan keanehan, namun penuh kesyukuran. Baru dalam beberapa ketika aku bertanya pada diri-sendiri, ingin dihantar jua pada teman-teman, “should I stop all of this?”

Satu soalan yang tak perlukan jawapan kerana ia mampu difikirkan. 
Saat fikiran mula menyusun perkataan, walaupun belum jua ditaipkan di atas papan kekunci, ia terus terdetik di hati. Saat inilah, DIA memberikan jawapan. YA! Jawapan cukup mudah, indah tak perlu bermadah. Pesanan ringkas daripada mereka yang disayangi kerana-Nya, menjwab segala persoalan di minda.

Hmmmm... SUBHANALLAH. J Nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?
Tiada kata yang mampu ku ungkapkan melainkan kesyukuran, ALHAMDULILLAH! Kerana diriku masih dijaga dan terpelihara daripada tipu daya syaitan jua manusia, harta dan masa. Benarlah, tiada tempat kita berlindung selain kepada ALLAH S.W.T.
...................................................................................................................................................................................................................................



Tuesday, 20 August 2013

Isu Mesir bukan ISLAM LAWAN ISLAM, tetapi ANTARA HAQ dan BATIL!


Isu pergolakan di Mesir kian hangat diperkatakan. Ia juga mendapat liputan meluas di seluruh dunia. FB, Twitter, blog-blog peribadi dipenuhi perihal kejadian yang berlaku saban hari dan waktu. Antara catatan menarik untuk dikongsikan bersama: 


1) 


Ini dia rencana yg dikirim oleh Prof Dr Omar Yaakub kpd Berita Harian. tidak pasti keluar atau akan keluar. Prof Dr Omar Yaakub adalah ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia

------------



Saudara Pengarang,



Saya merujuk kepada laporan bertajuk Kaherah Lengang yang tersiar dalam Berita Harian pada 16 Ogos 2013 lalu dan Perarakan bantah perintah darurat pada hari ini mengenai peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Kaherah. 
Laporan-laporan dan gambar yang disiarkan amat tidak adil kepada apa yang berlaku di sana, dipetik dari AP/AFP yang membawa agenda tersendiri Barat yang tidak suka kepada perkembangan Islam dan berjayanya aktivis Islam di dalam arena politik.

Laporan dengan menyedut bulat-bulat sepenuhnya sumber Barat ini sangat malang kerana saya yakin Berita Harian sebagai media berwibawa mempunyai tanggung-jawab besar untuk memastikan maklumat yang disalurkan kepada pembaca tepat, adil dan saksama. 

Saya ingin mencadangkan agar Berita Harian merujuk juga secara langsung kepada sumber-sumber lain yang lebih adil seperti Al-Jazeerah dan media-media rasmi Ikhwan Muslimin dan partinya, FJP sendiri.

Penelitian terhadap ribuan foto dan video yang dimuat-naik di Youtube dan laman media sosial juga memberi gambaran yang bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh AP/AFP.

Yang berlaku bukan pertempuran tetapi pembunuhan. Yang terjadi bukan keganasan penunjuk perasaan tetapi kekejaman pihak keselamatan yang menggunakan senjata dan penembak tepat ke atas kumpulan yang berkumpul di sekitar masjid. Yang terbunuh kebanyakannya bukan orang bersenjata tetapi penunjuk perasaan yang duduk membantah secara aman.

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim tentera Mesir tidak boleh diterima di atas tiga sebab.

Pertama, Islam mengharamkan pembunuhan kecuali di dalam beberapa kes tertentu. Pembunuhan beramai-ramai secara rambang yang dilakukan di medan Rabaah Khamis lepas tidak lepas dari pengharaman ini.

Kedua, sistem dan institusi demokrasi perlu dipertahankan. Di dalam mana-mana negara demokrasi, pilihan raya adalah pemutus muktamad dalam pemilihan pemimpin.

Apa yang berlaku ialah Dr. Mohamad Morsi yang dipilih oleh lebih separuh rakyat Mesir telah diturunkan dengan rampasan kuasa yang tidak demokratik, hanya dengan alasan demonstrasi jalanan yang melibatkan segelintir rakyat Mesir. Dakwaan mengatakan belasan juta rakyat berhimpun menuntutnya turun telah dibuktikan sebagai tidak benar.

Demonstrasi jalanan tidak boleh menidakkan keputusan pilihan raya yang sah, sama seperti kita tidak mungkin menerima perubahan kerajaan di Malaysia melalui demonstrasi jalanan.

Perhimpunan aman di Kaherah adalah kerana rakyat mahu menuntut keadilan dan pengembalian sistem demokrasi yang sah. Mereka duduk secara aman, bersolat, berzikir, mendengar ceramah dan berpuasa sepanjang Ramadan. Tujuan mereka ialah bantahan secara pasif, bukan agresif.

Kenapa mereka diserang secara kejam sedemikian yang patut menjadi isu dan persoalan yang dibangkitkan.

Ketiga, sebagai individu yang berperi kemanusiaan, kita tidak boleh menerima pembunuhan kejam beramai-ramai.

Bayangkan ratusan wanita, orang tua, anak-anak yang turut terkorban, ada yang terbakar hidup-hidup apabila Masjid Rabaah dibakar oleh pihak keselamatan.

Banyak video yang menunjukkan ada wanita dan lelaki yang ditembak oleh penembak tepat, walaupun mereka tidak berbuat apa-apa kecuali berdiri dan melaungkan slogan. 

Bahkan, beberapa pemberita dan jurugambar media dibunuh oleh penembak tepat kerana pihak keselamatan khuatir berita dan foto kekejaman mereka akan disebar ke seluruh dunia.

Tidak ada individu yang mempunyai nilai kemanusian boleh menerima kezaliman ini walaupun di atas alasan apa jua pun.

Semoga rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang penyayang dan prihatin dalam memperjuangkan nasib umat Islam sejagat serta umat manusia amnya. Jika kita tidak memiliki sifat keprihatinan dan kasih sayang kepada sesama manusia apatah lagi yang ditindas, kita mungkin dilupa atau disisih orang tatkala kita memerlukan pertolongan. 


Dr. Omar bin Yaakob
55, Jalan Bukit Kempas 2,
Taman Bukit Kempas,
81200 Johor Bahru






2) 


Mengapa Ikhwanul Muslimin tidak bertindak mengangkat senjata dan tidak membalas keganasan tentera dengan serangan? 


Saatnya Rasulullah berdakwah di Kota Taif, baginda dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga luka-luka badannya mengalir darah. 



Allah telah menghantar malaikat Jibril dan malaikat penjaga bukit-bukau dan gunung-ganang. Kata Jibril: "Wahai Rasulullah, Allah telah mengutuskan kami kepadamu. Kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk mentelangkupkan Mekah diantara dua bukit dan mereka akan musnah". Jawab Rasulullah Saw: "Wahai Jibril, jangan lakukannya. Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah akan melahirkan dari zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah". Rasulullah saw mendoakan kaum Taif, “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” Lalu Jibril berkata, “Telah benarlah mereka yang menamakan kamu sebagai berhati lembut dan penuh kasih sayang.




3)


Berikut ialah pendirian pemuda ikhwan ekoran penangkapan Mursyid am (ketua umum) Dr Muhammad Badi'e


juga menjelaskan pendirian ikhwan terhadap keengganan mereka utk mengangkat senjata
--------



Ulasan Pemuda2 Ikhwan ttg penangkapan Murshid: 



1) Mereka mengulangi kata2 Murshid: Revolusi kami adalah aman dan akan terus kekal aman dan keamanan tersebut lebih utuh dari peluru.



2) Tentera menggelar kami pengganas sedangkan ketika mereka menangkap Murshid, tidak sebutir peluru pun yang dilepaskan. Tidakkah itu pelik?

3) Mereka telah membunuh Imam Hasan Al Banna dan Syed Qutub, adakah kita tewas? Adakah kita mundur? Berhentikah dakwah kita? Sesungguhnya fikrah ini tidak akan berakhir dgn penangkapan Murshid.

4) Penangkapan pimpinan Ikhwan bukanlah perkara baru.

5) Jika kezaliman merampas Murshid kami sesungguhnya Iman akan menjadi Murshid kami.

Sumber: Ikhwanonline



Thursday, 11 April 2013

Boleh Sedar Sikit Tak???

Maafkan Aku ADAM
Bukan niatku untuk membencimu
bukan kehendakku untuk memandang sinis padamu
bukan keinginanku menidakkan kehadiranmu
bukan hattiku merelakan semua ini

Namun ADAM
Hakikat kehidupan menyedarkanku
kemanisan itu bukan pada tutur
tapi pada amanah yang tak tersungkur
kehadiranmu bukan pada kemewahan
tapi pada keprihatinan dan kefahaman

ADAM
Sedar??? bilakah ia
sedih harus sampai bila???
ku curahkan hanya pada-Nya
kerana hikmah tak nampak di mata
yakinku pada keyakinan


:: Dedikasi buat sahabat-sahabat, kakakku dan saudari-saudariku,
Moga tabah menghadapi apa jua keadaan ::

Monday, 4 March 2013

Akulah Yang TERBAIK!!! hohoho



Aku selalu dengar, Allah takkan ciptakan sesuatu sia-sia. 
Aku juga selalu dengar, manusia diuji sesuai dengan tahap kemampuan mereka.
Aku asyik-asyik mendengar, tak la susah sangat nak tackle remaja.
Aku sering mendengar, cuba je, usaha!!

Ok then, FINE.

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri

Kerana Ku yakin janji syurga-Nya pasti!


Tapi, usrati yang disayangi (bagi yang ada BuGem tersendiri, yang belom ada, adakan cepat!!)

Kita meluah rasa tak semestinya kita minta pandangan 
Nilai pada situasi & keadaan
Kita bertanya, tak semestinya kita minta jawapan
Kadang-kadang, kita nak perkara tu sama-sama kita muhasabah & fikirkan
Kita menangis, tak semestinya kita futur ataupun  lemah dari segi keadaan
Mungkin saja kita nak hilangkan kesakitan
Kita diam, tak semestinya kita setuju
Mungkin saja kita berfikir atau nak orang lain berfikir
Kita bercakap, tak semestinya kita tahu segalanya
Tapi, niat kita cuma nak berkongsi ilmu-Nya
Kita menyendiri, bukan bererti kita terasa hati
Mungkin saja kita nak tenangkan jiwa & diri

Kerana itu usrati, tanya la diri-sendiri
Fikirlah mengikut mata hati
benar-benarkah kita memahami?
Tersemat sudahkah RUKUN USRAH di hati?
Benarkah bai'ah antara kita adalah realiti?

Kerana KITA mengerti...
UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN!!!

KITA mengetahui...
USRAH wadah pembentukan insan

KITA menyedari...
HAKIKAT manusia adalah sebaik-baik kejadian

namun, ingatlah tak ada manusia yang sempurna. OK :)



#kerana sayang & cinta, ku nukilkan nilaian kata untukmu#
Moga jannah tempat KITA menyatu di hari yang pasti.

Sunday, 3 February 2013

Sepektakel II


Huuuh... hembusan gas karbon dioksida melewati lorong yang sepatutnya. Dalam senyuman, ku atur langkah seperti biasa menjalankan rutin harianku. Bukan niatku untuk mengeluh, namun aku tahu apakah yang bakal ku lalui hari ini. Rutin harian kerjaku takkan pernah lari daripada lingkungan 360 darjah ini. Hmmm, yelah kuli kepada manusia, kita hanya redha. Seperti biasa, aku insan pertama yang datang di sini, Aku jualah insan terakhir yang akan meninggalkan tempat ini. 

Pekik lolong, tamparan, herdikan, cubitan (manja la sangat), jelingan (mengancam), semua itu makanan harian. Hatta sampai satu ketika, aku merasakan siapakah aku di sini. Aku tahu, aku hanya seorang kuli, menghidang makanan setiap hari, mengemas, mengelap dan membersih restoran sebagai rutin harian. 

Satu hari, aku bersyukur, ALHAMDULILLAH, pelanggan yang ramai mungkin akan menjadikan si 'BOS' sedikit keriangan dan ku harapkan akan berubahlah serba sedikit. Lain yang ku harapkan, lain pula yang terjadi. Daku hanya mampu tersenyum. Daku hanya mampu terus tersenyum.

Ku lihat, ku pandang mereka dengan penuh kasih- sayang.
Ku dengar, ku dengari tutur bicara mereka saban hari.
Ku baca, ku telaah langkah-langkah mereka setiap waktu.

Aku tahu, walaupun dalam kekasaran mereka, walaupun dalam 'kehilangan' mereka, aku bukan yang selayaknya menghukum Aku jua tidak sesempurna dan aku, kau dan kita takkan mengetahui mampukah kita menjadi sebaik kita sekarang selama-lamanya. Apakah khusnul khotimah dalam genggaman kita? Ingat, Allah yang memegang hati setiap hamba-Nya. Allah jua yang membolak-balikkan hati kita. Jadi, siapa kita untuk menilai manusia sedangkan kita tak pasti apa kesudahan riwayat jiwa yang dimiliki.

Ku lihat jua pelanggan sekitarku bagaikan turut bersimpati terhadap diriku. Mereka memandangku dengan perasaan hiba dan belas di jiwa. Sehingga satu saat, ada yang bertanya, 

"dah makan ke?"
Ku balas dengan senyuman & anggukan sahaja.

Mungkin lahiriah, daku tak menyentuh apa-apa makanan sekalipun, namun rohaniah sudah kenyang dengan tarbiyah daripada Allah. Keyakinanku tetap satu, 

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”
 (Maksud Al-Hujurat : 13)


Justeru, apakah kita menilai manusia berdasarkan pandangan duniawi semata-mata. Bagiku, biarlah aku tampak hina di mata manusia, yang penting mulia di sisi Allah SWT, pencipta sekalian manusia. Kerana apa guna kita terus meraih kebanggaan dunia, sehingga sanggup me'lelong' akhirat yang kekal selamanya.

Bersyukurlah dengan mata hati, nur hidayah yang dianugerahkan menjadikan kita melihat dunia sebagai penambah bekalan menuju satu tujuan, JANNAH yang dijanjikan!!

Moga bermanfaat duhai sahabat, ayuh bersama kita renung & amalkan.

_a'yun_


Monday, 28 January 2013

Persetiaan KITA

(tajaan)



DnT jalan pilihan 
penuh dugaan jua cabaran
kerna manusia perlu dimanusiakan
demi menyedari hakikat keimanan
lantas
menyantuni  itu satu kemestian
kerna ia kan memberi kesan
masa kini jua hadapan

Ukhtiku sayang
gegar dakwahmu menyapa kalbu
derap langkahmu menyedarkan aku
amanah ini berada di pundakku
menuju Islam Gemilang seperti dahulu
mewarisi sunnah perjuangan Rasulku

Ukhtiku,
di mana pun keberadaanmu
di mana jua keberadaanku
hati kita kan tetap menyatu
kerana Allah telah menerangkan padaku
orang beriman hatinya bersatu

Kerna itu ukhtiku,
tak pernah ku sesali mengenalimu
takkan ku lupa pengorbananmu
kan ku ingati bai'ah kita dahulu
menuju kebenaran yang satu
merasa izzah dengan Islam, agamaku!

DIA pilihanku! Muktamad (titik)



Anda Menyaksikan? Anda Bersaksi? Anda Memberi Kesaksian? Anda Bersumpah?

(tajaan)
Hari ini, Islam yang kita anuti adalah hasil daripada perjuangan insan-insan terdahulu yang mewarisi sunnah perjuangan Rasulullah SAW dalam melaksanakan tugas dakwah dan menyampaikan risalah tauhid kepada umat manusia. Justeru, sebagai seorang mukmin seharusnya kita sedar peri pentingnya amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dalam menjadi rantai- rantai penyambung kepada usaha ini. Setiap yang bergelar muslim sudah pasti melafaz kalimah syahadah yang menjadi berada di kedudukan teratas Rukun Islam. Namun, sejauhmanakah penyaksian kita terhadap ucapan itu mewarnai kehidupan? Tepuk minda, tanya jiwa, iman menjawab!


Sabda Rasulullah SAW:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah DARIKU (yakni daripada Rasulullah SAW) walau hanya satu ayat”
[HR Al-Bukhari 3/1275 no 3274]



(tajaan)

Harus kita ingat bahawa syahadah yang dilafazkan bukan sekadar ucapan, bukan jua sekadar ibadah, bukan jua sekadar memenuhi Rukun Islam, tetapi ia adalah tanggungjawab DAKWAH untuk disampaikan.  Sedarkah kita bahawa hakikat keimanan kita, hakikat ibadah kita terserlah apabila kita menyampaikan ajaran Islam kepada mereka yang lain. Kerana, jika benar kita beriman, jika benar kita beribadah, kita pasti akan menyampaikan risalah Tauhid ini kepada sekalian umat manusia yang menantikan hati mereka digoncang badai kefahaman ajaran Islam. Jalan ini mungkin bukanlah pilihan ramai manusia, namun bersyukurlah kita jika menjadi salah seorang jundi-Nya kerana ingatlah bahawa setiap yang kita laksanakan di dunia akan dihisab di akhirat sana. Maka, menjadi kewajipan kita untuk menyampaikannya agar kita bisa menjawab persoalan demi persoalan yang bakal dilontar di akhirat kelak. Kita akan punya bukti pelaksanaan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kita bisa mengelak kedahsyatan api neraka. Ia usaha kita demi mencapai redha-Nya dan syurga abadi yang diimpikan sekalian manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

“ Jika Allah SWT memberikan hidayah kepada seseorang lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada dunia dan seisinya.”
( Hadis Riwayat At Tabrani)


Justeru, apa yang kita harapkan dengan kehidupan dunia. Semua manusia sedar hakikat dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi selamanya. Namun, sejauhmana kita menjadikan dunia sebagai alat, bukan matlamat? Sejauhmana kita menjadikan akhirat adalah matlamat? Apakah kesementaraan di dunia menjadikan kita leka dan alpa? Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu."
(Maksud at-Taubah:111-112)

“Dan kami jadikankanmu (wahai umat Muhammad) satu ‘umat pertengahan’ , supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (sebagai SAKSI, tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatanmu”.
(Maksud al-Baqarah: 143)


Jelas dan nyata, kita merupakan penyampai kepada sekalian manusia atas apa yang kita imani kerana hati- hati mereka perlu untuk disedarkan, jiwa- jiwa mereka perlu untuk diisi, amal ditingkatkan, iman menghiasai & takwa perisai diri. Benar, memanusiakan manusia yang sudah lama bergelar manusia bukanlah mudah, namun bukan alasan untuk menyerah sebelum berdakwah kerana Allah telah menyediakan jalan sebagai penunjuk arah.



(tajaan)
Ayuh, laksanakan 4 langkah, oraklah langkah walaupun payah.


1. CINTA


(tajaan)
                                          
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبّاً لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).”

(al-Baqarah: 162)


“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.”
(Maksud al-Anfal:2)



2. REDHA


(tajaan)
                                           

وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيماً حَكِيماً
“Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)”.

(Maksud al-Insaan: 30)




3. IMAN


(tajaan)

وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَمِيثَاقَهُ الَّذِي وَاثَقَكُم بِهِ إِذْ قُلْتُمْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

“Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada”.

(al-Maidah:7)



آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

(al-Baqarah: 285)




4. PERUBAHAN

(tajaan)
                                       
صِبْغَةَ اللّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

(AL-Baqarah: 138)




Bermula dengan keCINTAan yang sepenuhnya kepada Allah, yakni tiada yang lain yang kita rindu, kita cinta, kita ingati, kita ingin dekat melainkan ALLAH SWT akan membenihkan perasaan REDHA di dalam hati setiap manusia. Perasaan ini akan mewujudkan keIMANan yang mantap di dalam jiwa seterusnya menjadikan PERUBAHAN berlaku di dalam kehidupan kita. Ia terpancar melalui perilaku, perasaan, pemikiran dan keyakinan kita.


(tajaan)
                              
Sekarang bukan masa untuk menggaru kepala, bukan jua untuk menghadap muka, melainkan untuk terus bergerak memikirkan cara, agar risalah Tauhid diedar jua, kepada setiap insan bernama manusia, di setiap ceruk keliling dunia kerana kita takkan tahu, hayat kita sehingga bila!

(tajaan)
                                      
Jangan sampai kelak dirimu membisu tanpa suara apabila kakimu diheret sama menuju neraka mengurangkan penghuni syurga hanya kerana tiada bukti pelaksanaan syahadah yang diucap di dunia!!

-a'yun- @ SH