Monday 4 March 2013

Akulah Yang TERBAIK!!! hohoho



Aku selalu dengar, Allah takkan ciptakan sesuatu sia-sia. 
Aku juga selalu dengar, manusia diuji sesuai dengan tahap kemampuan mereka.
Aku asyik-asyik mendengar, tak la susah sangat nak tackle remaja.
Aku sering mendengar, cuba je, usaha!!

Ok then, FINE.

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri

Kerana Ku yakin janji syurga-Nya pasti!


Tapi, usrati yang disayangi (bagi yang ada BuGem tersendiri, yang belom ada, adakan cepat!!)

Kita meluah rasa tak semestinya kita minta pandangan 
Nilai pada situasi & keadaan
Kita bertanya, tak semestinya kita minta jawapan
Kadang-kadang, kita nak perkara tu sama-sama kita muhasabah & fikirkan
Kita menangis, tak semestinya kita futur ataupun  lemah dari segi keadaan
Mungkin saja kita nak hilangkan kesakitan
Kita diam, tak semestinya kita setuju
Mungkin saja kita berfikir atau nak orang lain berfikir
Kita bercakap, tak semestinya kita tahu segalanya
Tapi, niat kita cuma nak berkongsi ilmu-Nya
Kita menyendiri, bukan bererti kita terasa hati
Mungkin saja kita nak tenangkan jiwa & diri

Kerana itu usrati, tanya la diri-sendiri
Fikirlah mengikut mata hati
benar-benarkah kita memahami?
Tersemat sudahkah RUKUN USRAH di hati?
Benarkah bai'ah antara kita adalah realiti?

Kerana KITA mengerti...
UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN!!!

KITA mengetahui...
USRAH wadah pembentukan insan

KITA menyedari...
HAKIKAT manusia adalah sebaik-baik kejadian

namun, ingatlah tak ada manusia yang sempurna. OK :)



#kerana sayang & cinta, ku nukilkan nilaian kata untukmu#
Moga jannah tempat KITA menyatu di hari yang pasti.

No comments:

Post a Comment