Wednesday, 26 September 2012

Cinta Satu Malam

(think positive before u read!!!!)

ku dengar bicara itu
penuh lembut, penuh syahdu
ku tatap wajah itu
redup memandangku
ku elus jemari itu
hangat mendakap tubuh kecilku

meski bersama kita hanya seketika
namun pengisian jiwa itu bermakna
kau sentuh jiwaku dengan bicara
kau teguhkan hatiku dengan perkongsian rasa
kau yakinkan aku dengan sayang tak terhingga

LCCT, menjadi saksi pertemuan KITA
GOMBAK, menjadi bukti penyatuan KITA
SETIAWANGSA, menjadi medan perkongsian KITA
UIA, menjadi kenangan KITA bersama

walau berpisah kita setelah seketika
namun, kerana-Nya jua...
hati KITA bertaut selamanya
insyaAllah, bertemu di jannah-Nya

:: DEDIKASI buat UMMI & MAK CIK SARI ::

Tuesday, 25 September 2012

TARBIAH sebuah perjalanan

OVERVIEW SAJA...

Tarikh 21-23 September 2012, merupakan satu perjalanan panjang yang menguji kesabaran dan ketabahan.
Namun, di sebalik semua rintangan, terselit 1001 kenangan dan ibrah yang takkan diperolehi andai kita hanya duduk membisu di sebalik pintu & berada dalam kondisi tenang & santai.

Perjalanan menuju destinasi dari Sibu ke LCCT bermula jam 9 malam (Hari Jumaat - 21/09/2012) bersama Kak Dinah Nabilah yang sama flight dgn ana.
Walaupun masa agak lama di airport, namun ia tidak terbuang begitu sahaja melainkan sharing daripada Kak Dinah yang terlalu banyak makan gram daripadaku memberi 1001 pengetahuan.
Setelah curahan pelbagai nasihat yang membina, perkongsian yang menusuk ke jiwa & peringatan yang tak pernah tiba tamatnya, betapa hati ini merafakkan kesyukuran pada ILLAHI atas kurniaan SAHABAT yg memahami diri ini. 

Tiba di LCCT, Kak Amal, Kak Aina, Kak Lin & Kak Dinah terus pergi ke Serdang memandangkan mereka akan menjalani PBS pada keesokan harinya. Ana bersama ummi & Mak Cik Sari setia di LCCT menunggu akhawat datang menjemput.

Kira-kira jam 1 pagi, Kak Ily & Kak Ana tiba dan kami segera berangkat ke Gombak dan menginap semalam di rumah Kak Hidayah. Di sana, ana berjumpa dgn Kak Atiqah & Kak Syafiqah. Bersama mereka cuma satu malam, namun tautan ukhuwwah kerana Allah menjadikan ia sangat bermakna.

Keesokan harinya, ana & akhawat yg lain pergi ke UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Syukur rasanya bisa menjejakkan kaki ke uni tersebut. Berjumpa beberapa akhawat yg lain & yang paling penting berjumpa Kak Khairun di sana.

Menemani mereka berjumpa anak masing2 (terus ingat kat umi & abi :(  tp, mereka tetap dekat di hatiku. Mak Cik Sari paling excited membeli jubah & memborong al-Quran. Lepas tu, kami pergi ke Pejabat Ikram Wilayah Persekutuan & ada sharing kat sana. Besar & kemas pejabat. Ummi pon terus assign me a job to prepare the items listing name untuk dibuat di Pejabat IKRAM Sibu. So, ana ok je. Sempat juga bercerita dgn beberapa org akhawat di sana.

Then, dalam keadaan tergesa-gesa, kena segera berangkat ke Serdang utk ambil barang akhawat ke sana & selepas tu segera bertolak ke Johor. (Sebab flight ikut Johor.) Dalam keadaan ni lah banyak sangat kejadian berlaku. Hanya Allah yg tahu betapa cekalnya hati para akhawat yg berada di dalam perut avanza yang dipandu oleh Zahrah (Ara) & dengan bantuan beberapa pihak, semuanya berjalan agak lancar. Kak Dinah dengan selamatnya tiba di Shah Alam & kami tiba di Muar, Johor kira-kira jam 1 pagi. Di rumah Kak Aina, kami jumpa ngan mak Kak Aina & adik-beradik dia. Walaupun agak penat, namun SYUKUR ALHAMDULILLAH, semuanya SELAMAT.

Keesokan harinya, jam 9:30 bertolak ke Terminal bas untuk ke JB & naik flight utk ke Sibu. Terdapat juga beberapa dugaan yang menimpa namun, atas kehendak Allah jua, segalanya pasti bisa diatur. ALHAMDULILLAH. 

Kira-kira jam 6 petang, selamat tiba di airport Sibu & menunggu ketibaan Kak Dinah dr KL pula. Berjumpa dengan beberapa orang pensayarah & sempat makan lagi kat situ..hehehe.. akhawat kalau tak makan, tak sah.

Kira-kira pukul 6:30. Kak Dinah, Ummi & Mak Cik Sari tiba. Kami pula menunggu uncle van ambil. Pukul 7:30, uncle van datang & kami tiba di kampus kira-kira pukul 8:30. Walaupun tempoh perjalanan kami singkat, namun apa yang PENTING, IBRAH daripada sebuah PERJALANAN itu menjadikan HATI-HATI KAMI lebih bertaut di jalan-Nya, lebih mencengkan antara satu sama lain dan lebih mengenali serta menerima kekurangan mahupun kelebihan sesiapa jua. ALHAMDULILLAH. Moga diri lebih THABAT di JALAN INI. AMIIIIIIINN :) InsyaAllah.







Sunday, 23 September 2012

Kerana CINTA KITA

by: A'yun Fariah

Cinta, madah yang mudah
suatu bicara indah
yang bisa menjadikan manusia gundah
tatkala jiwa terasa gelisah

Namun,
CINTA KITA lebih daripada indah
kerana tautan ukhuwwah fillah
KITA sama-sama melangkah
kerana jihad fisabilillah
KITA berjuang tenang dan tabah

benar...insan berbicara
CINTA itu indah andai kerana ALLAH
RINDU itu suci kerana tautan hati...
mendamba kasih ILLAHI
membentuk thabat di JALAN INI

RISALAH TAUHID dijunjung
demi kemaslahatan umat
sunnah RASULULLAH diagung
sirah perjuangan diteruskan

meski CINTA ini menagih segalanya
KITA relakan jua
kerana KITA yakini
PERDAGANGAN ini
JANNAH menanti, insyaAllah...

Thursday, 20 September 2012

VIDEO OSEM APG 2012


" Dup dap. Dup Dap.

Eh, bunyi jantung anda kah itu..? Wah!

Ya, anda tidak bermimpi.

Tidak juga berangan-angan di siang hari.

Oh jangan, anda tidak perlu menggosok mata anda lagi. "

(Inche Gabbana: 2012)


so, apa tunggu lagi, JOM!!!!

pakat join ramei2..

~salam sayang rindu slalu :)~

MAKLUMAT LANJUT, RUJUK DI SINI

Monday, 10 September 2012

Untukmu Sayangku..





kau bilang padaku, kau ingin bertemu
ku bilang padamu oh ya nanti dulu

aku lagi sibuk sayang,.......

#hoyeaaa..aku bkn kak toyib#

k, back to the point fir this entry..
what??
utkmu sayang...
of coz specially dedicated to my 1 & only lover...

sayang kamu la...

sape??????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tQ sayang dah bg sya semangat selama ni...
& lastly, its over..

sayang, walau letih mcmna pon , awak tetap bagi saya semangat..
awak beri saya kekuatan..
awak buat saya terus melangkah..
walau dalam terik mentari
walau dalam dinginnya hari..

u r owez in my heart forever sayang..

u r d ONLY 1 i believe after what should i believe b4..

tQ SAYANGku... 

SAYANG SAYA???

HATI yg sentiasa kuat dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam dunia ini..
moga terus thabat di mana jua keberadaan diri ini

HATI saya, SAYANG saya...

*finally, 2.4 is OVER!!*

ALHAMDULILLAH, got BETTER RESULT then B4..

hari ini lebih baik daripada semalam..


~salam sayang, rindu slalu~
























cik puan HATI

KADANG...
terfikir, pe nak buat eh??
camne nak dapat JODOH plg baek eh??

THEN..
hati kata,
wei, 
perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik & sebaliknya..
o0o0o0o0o0o....
so, kene jadi baek la kan?? kan..kan..

tiba2 jadi baik, 
berusahalah jadi MUSLIMAH TERBAIK!!

wei gegurl..
ingat ea..
ko jadi baik semata2 niat nak dpt pasangan yg baek??
smata2 keyakinan tu..

bukan semua NIAT kita bcoz of ALLAH??
wei..ingat..
kalo kita niat utk dak lelaki yg kite suke, then x dpt..
susah wei..
bleh jd x istiqomah ngan kebaikan tu..
PAHAM x ni org cakap??

tokseh nk berlakon..
p jadi BAEK bcoz of ALLAH..K,

HIDUP ITU INDAH JIKA SEMUANYA KERANA ALLAH!!

k, moga terus jadi yg TERBAEK!!

~salam sayang rindu slalu~



~Kau Ilhamku~

kau ilhmaku dalam diam..
beribu bintang di langit kini menghilang..
ada .... 
#ntah apa2, lagu pon salah#

cuma nak share utk tatapan diri ini juga hati ini tergaru & terharu.. 
#pinjam kata2 ye En. Hadi#

hari ni, hr terakhir miss kat sni..
insyaAllah, jumpa lagi..
betapa hati ini akan merinduinya setiap masa..
bkn apa, 

dis is my reasons....bla..bla..bla.. #cukup!!! dgr je..opss, bce la wei..#

1.she treat like my mom
2. wonderful lecturer
3. simple but triple in action.. (?????)
4. sweet?? nop!!! manes utk sgla2nya..apalagi KENANGAN bersamanya..
5. kalo nak tulis semua, x MUAT blog ni..

biarlah jauh di sudut HATI, namanya terukir INDAH,
biarlah doa menjadi pengiring dalam PERJUANGANNYA!!

~salam sayang, rindu slalu~

anak didikmu :)

Sunday, 9 September 2012

Tentang Kita

Awak...awak oke x??
risau la tgok awk cmtu..

i'm ok..
(bajet2 ok konon)

jgn la cmni awk..risau la sy ngan awk..
awak sakit, sy rsa lebih skit tau..
(ewah2..manisnya...)

dun worry,
i oke..k :)
(siap bg senyuman manis...)

#kalo bca dgn nada jiwang, anda akan jiwang#

kan manis kalo benda tu kita saling & slalu ungkapkan ngan usrahmate kita..
ngan sahabat2 kite..
dgn hadeq-beradeq kite...
tntu SWEEEEEEEEETTTTT........... kannn....

so, kalo nak berjiwang sangat pon dgn yg bkn mahram, biarlah yg halalan utk kite..
#sampai ketemu nanti#

KHALIFAH???


~kaki melangkah~

Sekadar perkongsian buat semua yang melangkah...

1 Syawal merupakan satu detik kemenangan buat semua umat Islam..
Kita takan dapat bayangkan kegembiraan bersama sanak saudara, sahabat handai
patah lagi setelah kita lama di perantauan (perantauan la sangat..)

1Syawal thn ni..
satu ayat yg x disangka ku dengari..
nak tau apa??

1 person told me..
"x puasa Syawal ke"??

dgn penuh selamba aq pon jawab..
agak2 la 1 Syawal pon nak pose..

then, pa org tu jawab,
ingat nak pose lagi..
jgn la nak jadi alim sangat!!!

gulp~~~
Ya ALLAH, perkataan apakah itu??

(bila pikir, salah aq jga..)

yela, sape suruh jwb ntah ape2..
kan dh kene..

tp, mmg tu la HAKIKAT KITA
bila kita dah mula menapak kat jalan yang SUMPAH PANJANG ni,
semua benda kita kena hadapi..

UBAT cuma SATU
ingat JANJI ALLAH!!!

SABAR ye sayang :)

PIDATO Bahasa Melayu Kontekstual

by: A'yun Fariah

TEMA: GLOBALISASI PENDIDIKAN DENGAN PENEKANAN TERHADAP PEMUPUKAN MINDA KELAS PERTAMA


Tajuk: “Minda Kelas Pertama, Bersediakah Kita?”

 Bismillahirrahmanirrahim…

Sekalung apresiasi buat saudari pengerusi, Salam hormat buat tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, barisan pensyarah, rakan-rakan serta hadirin yang dihormati. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Bermula tahun 1951, sistem pendidikan mula diperkenalkan. Hatta, sebelum merdeka, sistem pendidikan sudah bermula walaupun tidak begitu ketara. Sedangkan kini pendidikan menjadi tumpuan utama zaman pascamerdeka. Ia tidak lain dan tidak bukan demi menghasilkan aset-aset negara yang berjaya bukan sekadar jaguh kampung semata, bahkan di peringkat antarabangsa. Justeru, minda kelas pertama, bersediakah kita? Demikian mauduk bicara yang bakal kita rungkai dan hayati bersama.

Hadirin – hadirat yang saya hormati,

 Minda kelas pertama merupakan ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Dan apabila kita berbicara tentang “bersediakah kita”,  kita perlu meneliti pengisian – pengisian yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pemupukan minda kelas pertama dijalankan seiring dengan nada keperluan.

Tuntasnya, ‘minda kelas pertama, bersediakah kita’ berkehendakkan kita untuk berbicara tentang pelaksanaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan berkenaan langkah yang diambil bagi melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama. Tiga cerakinan idea akan menjadi asas bicara.  Pertama, pendidikan berkualiti peneraju realisasi misi. Kedua, pembangunan penyelidikan mempertingkat saintifik dan inovasi. dan ketiga nilai murni disemai, akhlak dituai.

Hadirin yang dihormati,

 Pertama, pendidikan berkualiti peneraju realisasi misi. Kajian separuh penggal pada tahun 2006- 2010 di dalam teras kedua Rancangan Malaysia kesembilan menunjukkan kualiti dan akses kepada pendidikan telah ditingkatkan. Institusi pendidikan tertiari bertaraf antarabangsa diwujudkan.  Jurang prestasi pendidikan luar bandar dikurangkan, infrastruktur ditambahkan. Program pendidikan prasekolah dan pembangunan awal kanak-kanak dilaksanakan. Hasilnya, enrolmen di institusi awam dan swasta meningkat baik di peringkat rendah mahupun tinggi. Sebanyak 60% jumlah staf akademik di institusi awam berkelayakan doktor falsafah dilahirkan menjelang 2010. Maka, kita lihat peningatan dan penguasaan ilmu pengetahuan berjaya ditingkatkan. Anak-anak tidak dipinggirkan, cendekiawan mula bertebaran, golongan profesional menghuni di setiap keperluan menunjukkan minda kelas pertama berjaya dihasilkan.

Kedua, pembangunan penyelidikan mempertingkat saintifik dan inovasi. Keperluan dan cabaran global hari ini adalah berpaksikan kepada aset modal insan yang berpengetahuan serta berinovasi tinggi. Dunia kini tidak mengenal siapa yang kaya dengan sumber fizikal, kedudukan strategik dan usia tamadun semata-mata, tetapi memandang kepada kualiti modal insannya yang menjadi peneraju kekayaan dan potensi negara.

Hadirin yang dihormati,

Profesor Michael Gibbons, Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel menyatakan bahawa globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran berkualiti yang menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang metodologi, psikologi, pengujian dan penilaian. Maka, menjadi satu keperluan untuk para guru mengubah cara pengajaran lama kepada cara baru yang lebih efektik dan efisien. RMK-9 turut menyasarkan penghasilan 50 ahli sains dan jurutera penyelidik bagi setiap 10, 000 tenaga buruh menjelang 2010. Hasilnya, nisbah ahli sains dan jurutera penyelidik yang dihasilkan adalah 17.6 pada tahun 2006.

Maka kita lihat, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan tidak dapat dipisahkan, ibarat irama dan lagu, ibarat isi dan kuku kerana ia menjadi pemangkin kepada inovasi yang melahirkan insan yang proaktif seterusnya menyumbang untuk kepentingan bersama selaras dengan ciri minda kelas pertama.

Hadirin yang dihormati,

Ketiga, nilai murni disemai, akhlak dituai. Herodotus, ahli falsafah Greek kuno menyatakan bahawa pengamalan nilai moral yang dilengkapi dengan pembudayaan ilmu pengetahuan serta ruang lingkup kehidupan yang dihiasi dengan warna-warna perikemanusiaan merupakan satu bentuk pakej yang tidak boleh dipisahkan kerana apalah gunanya kekayaan material semata-mata, tetapi sayang, masyarakatnya kontang dari pengisian jiwa dan pembangunan minda. Kekayaan moral meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan mengikut norma-norma sebagai masyarakat timur. Maka, inisiatif kerajaan melaksanakan program khidmat negara misalnya telah memberi manfaat kepada 195, 000 belia negara dan kepada 1,016,749 belia melalui program Biro Tatanegara. Semangat patriotik, nilai kekitaan dan pengamalan norma-norma ketimuran dibudayakan.

Hadirin sekalian,

Konklusinya, negara sudah bergerak dan berjaya dalam pemupukan minda kelas pertama.  Kini tiba masa untuk kita meletakkan satu matlamat. Minda kelas pertama harus dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Pembangunan negara memerlukan sokongan yang tidak tersekat agar kemajuannya dapat dipertingkat seterusnya memberikan kebaikan kepada rakyat. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih.

Saturday, 28 July 2012

UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA

ALHAMDULILLAH...
bersyukur ke hadrat Illahi, dengan izin-Nya, program Qiam yang dirancang telah dilaksanakan dengan lancar..
Buat pertama kalinya, akhowat Rajang, Sibu, Mukah, & juga Bintulu berkumpul bersama-sama..
betapa ukhuwwah yang benar-benar indah
UKHUWWAH FILLAH..

Maka benarlah firman Allah, dalam surah al-Anfal, 8:63

"walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada
di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati
mereka (orang-orang beriman), akan tetapi Allah telah
mempersatukan hati mereka"

Demikian di antara isi tazkirah yang telah ana kongsikan usai bacaan ma'thurat..
betapa ukhuwwh kerana ALLAH yang menjadikan kita lebih kuat
bertaut jauh dari sudut hati, bukan di atas lisan ataupun rupa fizikal semata-mata
betapa NIKMAT yang ALLAH kurniakan tak mampu dijangkau oleh aqal fikiran..

moga terus thabat di jalan dakwah & tarbiyyah ini...

"UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN"

motto yg sentiasa jadi pegangan lantaran baru terjentik dan tersedar akan kepentingan ukhuwwah fillah dalam kehidupan ini..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH :)

Saturday, 7 July 2012

Sentuhan Jiwa-jiwa :)

DAKWAH itu bukan sindiran,
DAKWAH itu bukan memerli,
DAKWAH itu bukan menakut²kan,
DAKWAH itu bukan kekerasan,
DAKWAH itu bukan paksaan,
DAKWAH itu bukan terjahan,







Namun.. DAKWAH itu adalah ajakan..



Ajakan bagaimana?
Ajakan yg paling berhikmah,
Kerana DAKWAH bermula dengan membina jambatan Hati,
DAKWAH terbaik adalah yg memenangi hati, bukan yang mengguris hati.. 

Friday, 20 April 2012

SEJARAH MELAYU VS FAIRYTALES

SESI KULIAH 19/04/2012 BERSAMA MISS YANG TERCHENTA

~takkan MELAYU hilang di dunia~

Pertama kali dalam hidup, penceritaan kisah Sejarah menjadi begitu menarik apalagi pengkisahan SEJARAH MELAYU




Cerita yang mengkisahkan bagaimana asal-usul konsep DAULAT & DERHAKA yang berlaku antara RAJA & RAKYAT
Ia melibatkan watak SANG SAPURBA & DEMANG LEBAR DAUN
Banyak unsur magis yang terdapat dalam pengkisahan tersebut
Sang Sapurba dikatakan datang ke dunia melalui satu laluan & berada di atas Bukit Siguntang
Demang Lebar Daun pula merupakan golongan manusia (yang diperintah) telah membuat waadat bersama Sang Sapurba sebelum menyerahkan anaknya untuk dikahwinkan dengan Sang Sapurba
Dengan demikian, anaknya nanti adalah sekufu untuk dikahwinkan bersama seorang raja & tidak akan kedal sebagaimana 40 puteri raja yang telah dikahwini oleh Sang Sapurba
Maka dengan itu, lahirlah golongan hamba raja (yang diperintah) dan golongan Raja (yang memerintah) dalam SEJARAH MELAYU.

Pengkisahan kehidupan awal raja ini dan saudara-saudaranya juga menarik dengan unsur-unsur legenda yang dipaparkan bagaikan mengalahkan kisah-kisah Fairytales dalam dongengan Inggeris :)

Demikian kata 'our beloved History lecturer'

Friday, 16 March 2012

AKU SAYANG KAMU ~ pabila buku menjerit (*_*)

~mode rajin.....yyeeeeeeeaaaaaaaa~

orang kata, cuti 1 minggu, 7 hari & jumlah yg sama waktu dengannya merupakan saat paling ditunggu-tunggu..
saat paling bahagia..
paling seronok, osem, gembira...
~buku rujukan Sejarah Malaysia & Sejarah Asia Tenggara~
Song, Library :)

so do I..
why???
masa kami takkan terbuang
semua buku nie nak baca
nak ulangkaji
assemen menari-nari minta disiapkan
so, what should I do then????????

just do it with big smile on face :)

Monday, 12 March 2012

Everything start With Tarbiyyah!!

eventhough TARBIYYAH is not everything, but
EVERYTHING IS NOTHING WITHOUT TARBIYYAH

as we know that, Tarbiyyah is the process of learning
do you remember your past?
we learn to walk
we learn to talk
we learn to be independent
we learn to face & solve problem

what the meaning of LEARNING???
it is all about Tarbiyyah that we have go through






but for NOW
there`s  something big we need to LEARN
BEGIN the real TARBIYYAH in ourself
start to "betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

so, lets do it together
be in "gengz"
say "babai" to the darkness
say "hye" to the light in front of u, k ^_^

Sunday, 11 March 2012

HOLIDAY FUN DOING ASSIGNMENT



HOLIDAY FUN DOING ASSIGNMENT

holidays has begin today
nothing special except doing a tone of assignment
just relaxing my mind by enjoying in doing it
no stress, no tension

SJH1106, BM Kontekstual, Basic Maths, PJK, etc..


being historian (HIstory Educatin Student) give me the feeling of enjoying WHAT HISTORY IS ALL ABOUT,
WHAT HISTORY FOR,...

~never stop to ask WHY???~ THE BEST WAY to learn history!!



Monday, 13 February 2012

PENGISIAN JIWA INI

Ini kisah seorang hamba Allah yang hanyalah menerima sekelumit tekanan dan cabaran daripada persekitaran jika dibandingkan dengan zaman Rasulullah S.A.W
namun, Ahad, 12 Februari merungkai segala permasalahan dan memberi sinar baru dalam hidupnya!!!
ANDA TAHU KENAPA???
YA, SUNTIKAN TARBIYYAH dan SEMANGAT DAKWAH yg takkan pernah padam.
pengisian yang benar-benar menusuk ke kalbu dalam menghadapi segala mehnah dunia, dalam mengatasi serangan-serangan syaitan yg suka melemahkan kekuatan insan pada kemanisan perjuangan menegakkan Kalimah dan Risalah suci, ISLAM...
moga terus mampu bermujahadah dalam melawan nafsu dalaman dan luaran..

~salam sayang rindu selalu~

Friday, 10 February 2012

Kertas Kerja PERTAMA!!!

ALHAMDULILLAH!!!
setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah S.W.T Yang Maha Pemurah,
Maha Penyayang, Maha Pemberi Rezeki,
Benarlah satu ungkapan, bahawa:
"setelah kesulitan pasti ada kesenangan..."

setelah beberapa dugaan & ujian yang hanyalah sekecil zarah dilalui jika dibandingkan kesakitan dan dugaan pada zaman Nabi dan para sahabat,
AKHIRNYA...
ALLAH menganugerahkan kegembiraan..
benarlah berita gembira pasti akan datang bagi mereka yang bersabar..
hari terakhir kesakitan diri memuncak, satu emel diterima..

"Assalamualaikum wth. tbh.

Abstrak saudari telah diterima. Sila hantarkan kertas kerja saudari kepada urusetia seminar



Sekian, terima kasih.Wassalam.



Admin 
Seminar Antarabangsa Perguruan Dan Pendidikan Islam 2012
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia


Tel: +6075535077 / ext. 35070/35086
Fax: +6075535101
E-mail: fti@utm.my I Site: http://www.utm.my/islamic-civilization"

wah!! wah!! wah!!...
ALHAMDULILLAH!!

menerima emel yg tak disangka-sangka..
sebabnya, tarikh masa nak hantar abstrak dah lambat..
saat-saat akhir!!!

dan penerimaan abstrak juga saat-saat akhir sebab dah tamat tempoh pengesahan...
thanks a lot to SIFU MAIL (ISMAIL SALIYAN)
KERTAS KERJA & ABSTRAK ORIGINALLY MADE BY SIFU
walaupun penghantaran abstrak pukul 3 pagi...
sifu kata, "KONFEM" diterima!!

BETOL LA!! semuanya Allah yang tentukan..
kita hanya berusaha...
so, MORAL of the story.
JANGAN PERNAH MENGALAH WALAUPUN DI SAAT TERAKHIR
JIKA ALLAH DAH TETAPKAN PELUANG UNTUK KITA, TAK SIAPA PUN MAMPU MENGUBAHNYA!!!


Ukhuwwah TERINDAH!!!

saat diri kesakitan lahiriah jua batiniah
saat duka menimpa raga
saat gementar menenggelamkan jiwa
saat dunia bagaikan neraka




SAAT ITULAH HADIRNYA...
SINAR2 yg menggapai kembali tangan ini
MENYULUH ke arah CAHAYA 
BAHAGIA bersama tanpa kecewa
gembira dengan senyumannya IKHLAS
DARI JIWA!!!
semurni HATI NURANI..^_^