Thursday, 19 January 2012

KAMI membesar!!!

nak tau 1 citer???
nak dengar 1 berita???
nak rasa 1 rase???

KAMI semakin membesar
KAMI semakin ceria
KAMI semkin colourful
KAMI semakin bahagia

chantekkan......
so, orang pasti tanya??????? apa yg BESAR??
takkan jadi BESAR pon bahagia
tak takut OBES ke

cuma nak SHARE
APA YANG MEMBESAR???
DIAMETER BULATAN KAMI DAH  MAKIN MEMBESAR
HAPPY CIRCLE OF OURS!!!
akhowat dah mula melebarkan sayap2 KESEDARAN..
moga terus ISTIQOMAH ye..

salam sayang rindu slalu..

thE dAY!!!

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk melewati hari Jumaat nie, Alhamdulillah masih berada dalam nikmat ISLAM, IMAN, bersama sahabat2 yang disayangi...
hari ni hari yg ditunggu-tunggu..
Y???
what else kalo bukan nak melebarkan diameter BULATAN KAMI
bahagia yang orang lihat tersiksa lahiriah
namun BAHAGIA rohaniah
moga dipermudahkan segala urusan...Amiin ya Rabb..

salam sayang rindu slalu..

Wednesday, 18 January 2012

Jaulah Pertama di Bumi Bintulu...

07/10/2011_Sabtu

Buat kali pertama, Jaulah kami ke Bintulu. Pertemuan yang cukup bermakna di sana. Meski kami belum mengenali akhowat-akhowat di sana secara mendalam dan lebih lama, namun keserasian kami atas dasar fikrah ISLAM yang sama menjadikan jiwa-jiwa kami menyatu di bawah rahmat dan redha Illahi. Sungguh, kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah jua yang mengatur segala langkah kami ke sana.

gembiranya...circle of my LIFE!!!
Benar, pada awalnya, 1001 halangan dan rintangan yang dihadapi..
ALHAMDULILLAH, semua masih kuat untuk meneruskan satu perjalanan yang sukar...
BERUSAHALAH!!!


salam sayang rindu slalu...

part timer

indahnya hidup ke arah kebaikan
demikianlah lumrah setiap insan
inginkan kebahagiaan menjadi teman
baik di dunia mahupun hari pengadilan

SO, r u ready 2 bergolek 360 darjah di medan perubahan??????
BETOL???!!! macam tu la baru dikatakan POWER!!! kan..kan...

part timer DUNIA, full timer JANNAH!!!
mungkin anda pelajar sekarang,
sedarkah anda ia bukan tugasan utama anda
sejak dulu, kini ataupun bila2..la...
jadilah PART TIMER utk setiap yg DUNIAWI
hatta anda BABY COMEY sekalipon,
bukan tugas anda nak jadi model baby2 comey..
walaupun anda belia remaja sekalipun, bukan tugas untuk ENJOY n menikmati zaman muda
TUGAS anda yg pasti..ajak ore ramei2 ke arah yang "BETOL"!!!


salam sayang rindu slalu...


blurrrr!!!!

blurrrrrrrrrr la sangaaaaaaaattt!!!
setelah semua orang berpergian bertebaran di muka bumi...
adalah 2 manusia masih dalam klas..
tak tau la buat apa...
ore yg satu blaja kot
yg satu lagi...tgh menaip la nie..hehehe..
cuma ingin berkongsi rasa pada bicara pena ini setelah berjuta-juta saat tak menulis
cuma ingin meluah rasa yang terpendam
cuma ingin nak menemani post2 yg dah lama menyendiri
n..n..n..n..n..
cuma nak kata, walaupun kita tak tau nak buat apa
blurrr sangat kerrrr...
INGAT, ALLAH kan selalu bagi kita petunjuk..
so, never say u hv nothing to do!!!
do what u should do as the "SERVANT" for HIM, k...

salam sayang rindu slalu...

BEST kerrrr???????

SABAR lah spt biskut...
walau sakit digigit
dimakan..ditelan..
tapi ia balas dengan kekenyangan
(perumpaan di siang hari)
bez sangat ke???
pandai sangat ke???
cantik sangat ke???
sedap sangat kee???

berapa byk "keerr???" yg nak ditanya pon kita takkan tahu
kita tak faham apa ore len fikir tentang kita
but, remember 1 thing...
"WHAT PEOPLE SAY ABOUT U S NONE OF UR BUSINESS"!!
bukan maksudnya kita kena buat endah tak endah je bila orang cakap tentang kita..
kita pon ada maruah dan harga diri..
jika kene defense 2, jgn la SABAR..sampai tahap penghinaan..kan..kan..
so, kite kene tgok CONTENT yang ore sampeikan..
muhasabah diri, koreksi diri dengan setiap kata2 tu..
kalo x betol, biar je la...
lame2, senyap la tu...
tp kalo BETOL!!! apa tunggu lagi..
BERUBAHLAH!!,k..


(x SABAR nk g jalan2 nie...2morrow is THE DAY!!!)

Gandingan Baru...O.S.E.M + Minda An-Nisa`


satu edisi baru terbitan khas...yuhuuu..
1st template yg nak diedar dah terima 1001 komen...
so, skrg nak kena betulkan... 
besalah kan, x senang nak buat senang, n tak susah nak buat susah..hehehe.. 
moga terus istiqomah dalam kegembiraan ini..

semenjak 2 menjak nie, sume ore asyik sebut OSEM!!! really like it
so, that`s why we take d chance to make something new...
utk kekuatan diri 
& persediaan mental mase depan..
even it is not really OSEM, but..
we TRY 2 do THE BEST we can
REDHA ALLAH yg paling penting..kan..kan..kan...
May Allah Bless us...n all of u..
Luv U ^_^

Wednesday, 5 October 2011

"May Allah Love You as You Love Me for Him"

Jika seseorang berkata kepadamu, "I Love You because of Allah", maka katakanlah padanya "May Allah Love You as You Love Me for Him"...


kata-kata yang menceritakan kepada kita bahawa tuntutan saling mengasihi dan menyayangi sesama saudara baik seagama mahupun tidak kita adalah fitrah dalam kehidupan agar ia menjamin kesejahteraan hidup di muka bumi ini.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni:

1. Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain
2. Mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan
3. Benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka".

(HR. Bukhari dan Muslim)

Demikianlah apabila kita fahami dan teliti, Islam menyeru kita kepada CINTA. CINTA kepada ALLAH. CINTA kepada RASULULLAH.  CINTA kepada AKIDAH, CINTA kepada ad-DEEN iaitu ISLAM itu sendiri dan juga CINTA kepada MAKHLUK sebagaimana Allah menerbitkan cinta buat pasangan suami isteri sebagai sebahagian daripada tanda kekuasaan Allah.

Senario pendekatan berkesan hari ini dalam menarik minat golongan remaja untuk menghadiri majlis-majlis ilmu sebagaimana yang dipraktikkan oleh ahli surau kampus ini sendiri, adalah berbicara SOAL CINTA. Baik cinta kepada Allah, Rasul dan Manusia.

Demikianlah yang dapat kita lihat, kuasa CINTA...

Baik di dalam hati seorang hamba yang berserah sepenuhnya kepada Allah
Membawa ke jalan SYURGA dan semuanya Lillahhi Ta`ala

mahupun di dalam hati insan yang `bertuhankan` CINTA PALSU
yang akhirnya menjerumuskan ke jurang derita dan sengsara...
jalan menuju NERAKA!!! (nauzubillah)

Renungan kita bersama:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri-sendiri".
(HR Hakim dari Abu Hurairah)

Tuesday, 4 October 2011

kata-kata bukan sekadar ucapan

Hari ini hari yang bermakna dalam usaha memperbaiki lompong-lompong yang wujud di dalam diri. Pengajaran daripada senior tentang seni pengucapan awam yang sebenar memberi gambaran yang jelas terhadap kelemahan diri selama ini. Hasilnya, diri dapat diperbaiki, kualiti meningkat seiring kehendak hati.
Antara pengajaran yang dapat kita aplikasi:


  • Berkata-kata bukan sekadar dengan fakta, namun harus disertai gaya, untuk menarik audiens yang ada.
  • Keyakinan bukan berdasarkan kukuhnya idea, namun psikologi dalam menghadapi khalayak manusia.
  • Penuhkan ilmu di dada, fahami setiap yang ingin menjadi pokok bicara.
  • Bergurulah kepada yang pakar dan mahir dalam sesuatu perkara.

Monday, 3 October 2011

peringatan untuk diri ini

dalam resah usah gelisah
dalam tersiksa usah merana
dalam kecewa usah berduka
dalam sakit usah merintih

semalam telah berlalu
hari ini sudah tersurat untukmu 
hari esok satu yang baharu
jadikanlah dirimu sentiasa tahu
matlamat kehidupan yang dianugerahkan untukmu

kerana setiap langkah itu
pasti ada destinasi yang dituju
kerana setiap jejak itu
pasti terukir memori lalu
justeru,
cambah dan suburkan ia
dengan nilai yang mulia
baik di sisi Allah yang Esa
jua di mata hati manusia...

Ekspedisi bermula...


Salam ukhuwwah pembuka bicara
buat semua pembaca
hari ini lahir ungkapan tutur pena
sekadar ingin berkongsi rasa
jua bicara hati mahupun jiwa
agar tautan ilmu sentiasa bersua
di mana jua keberadaan kita
kerana curahan ilmu sentiasa ada
di mana jua setiap masa