Sunday 30 September 2012

Original @ Spicy ???

Kredit

ORIGINAL OR SPICY??

That's a must [Q&A] session at the KFC counter....bla..bla..bla...then, payment done!! we eat happily after that (that's not the point of this entry..k,)

Chek nak habaq satu benda hari ini. Ia langsung tak berkaitan denga KFC..OK ^^

Nak dikisahkan satu cerita, berlakulah medan pertembungan ilmu di suatu tempat yang damai pada pagi ini. Di mana lagi kalau bukan di tempat yang mana kehadiran malaikat turut serta. Sharing daripada Akh Satria hari ini berkenaan dengan apa sebenarnya TABIYAH?? Opsss, wait, sape nak STOP, the reading, u r not allowed to do so, but those who want to continue, go ahead.. (baca dgn suara paksaan!!! HAHAHAHA)

Bukan nak menulis, tapi cuma nak berkongsi melalui tulisan (fahami perbezaan keduanya). Pertama-tamanya, Tarbiyyah akan  menjadikan kita mengenal ALLAH. Pastu, kenal para Anbiya', para sahabat & mendalami kisahnya. Perihalnya sama seperti kita menuntut ilmu di sekolah. Kita buat dan kenal semua tu. Namun, TRABIYYAH lebih daripada TAHU. Kenapa? Sebab, TARBIYYAH akan menjadikan kita mengetahui tujuan kita hidup dan langkah yan perlu kita ambil dalam menjalani kehidupan. Contoh paling mudah la, kita belajar kenapa? Kebanyakan manusia (termasuk yg tgh teka keyboard ni) akan jawab, yela..nak lulus exam, nak dapat cemerlang, mumtaz, dekan..bla..bla..bla..& so on. Ha!!! memang tu la the most popular status kan jawabnye.

Tapi, tu bukan tujuan utama. Ingat, Allah tak ciptakan manusia melainkan untuk beribadah kepadanya.


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)
Jadi, kita wajib menyedari bahawa hidup kita bukan sekadar suka-suka.., manusia tidak diciptakan sis-sia, kita berfungsi dalam setiap aspek kehidupan, selain beribadah, menjadi khlaifah, baik untuk diri- sendiri, seterusnya kepada orang lain. Kan Allah pernah berfirman, 

"Dan Ku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini." (Al-Baqarah: 30)

Jadi, apa yang harus kita fahami, bahawa hidup kita di dunia ini bukanlah sekadar menjalani kehidupan sepertimana kebanyakan manusia yan bertuhankan hawa nafsu atau material semata-mata dan paling mudah dikenali sebagai robot dunia. Apa yang harus kita fahami, manusia hidup dengan  tujuan. Kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat merupakan bekal terbaik dalam kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumu. Betapa sesungguhnya, kita merupakan ummat terbaik yang diciptakan. 

Apabila kita memahami dan mendalami kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat, kita akan  menyedari betapa keimanan yang teguh kepada Allah akan memberi kekuatan dan semangat  dalaman yang tiada henti. Mungkin kita selalu mendengar, semangata hanya di peringkat permulaan. Lantaran itu, kita tidak boleh mengharapkan semangat dari luar semata-mata, bahkan perlu mempunyai semangat daripada dalaman dan ia hanya diperoleh dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH S.W.T. 

Contoh paling jelas kita lihat kepada perjuangan para sahabat dalam melebarkan dakwah Islamiyah. Saidina Umar misalnya yang merupakan seorang yang sangat memeusuhi Islam, akhirnya menjadikan Islam lebih kuat di bumi Mekah dengan keislamannya. Dan haru kita sedar, kebergantungan seorang hamba itu perlu sepenuhnya kepada Allah, kerana Allah sangat menyukai hamba-Nya yang selalu dan banyak memintanya kepada-Nya. Kita lihat sendiri kepada sirah Rasulullah yang memohon doa pada Allah moga Islam diperkuatkan dengan keislaman salah satu Umar, sama ada Umar bin Hisyam (Abu Jahal) ataupun Umar al-Khattab.  Maka, Allah mengabulkan doa Rasulullah dan Umar memeluk agama Islam.....


Maka, kita lihat dengan kekuasaan-Nya jua, Allah memberikan hidayah kepada Umar. Kita lihat bahawa, HEBAT nya manusia di zaman JAHILIYYAH mnejadikan mereka juga HEBAT tatkala HIDAYAH menyapa. Betapa kita lihat, ISLAM bertambah kuat dengan ISLAMnya UMAR pada era dakwah mula menebarkan sayapnya. Perjuangan Rasulullah semakin melebar.

Sahabat yang seterusnya seperti Abu Bakar. Ketika beliau dalam persediaan untuk berangkat pergi berdagang, namun ISLAM ketika mula disebarkan oleh Rasulullah dan Abu Bakar menjadi sahabat yang pertama (dalam kalangan dewasa) yang memeluk Islam. Abu Bakar menyatakan kepada para kabilah yang terlibat dalam perdagangan, "Berangkatlah kalian untuk berdagang, sesungguhnya aku telah menemui perdagangan yang lebih menguntungkan daripada perdagangan yang kita laksanakan selama ini". Betapa kita lihat, jalan Dakwah menyebarkan risalah suci agama Islam merupakan satu perdagangan yang memberikan keuntungan yakni di akhirat kelak.


No comments:

Post a Comment