Friday 28 September 2012

Dedikasi di Hari Bahagia

Ramlan bin Radin



1983...
Hadirmu dinanti keluarga tercinta..
tangismu menjadikan mereka bahagia
gembira?? tak mampu diungkap dengan kata-kata

Angka 29 kini menjengah hidupmu
tanpa disedari semuanya sudah berlalu
kau mula menggapai kejayaan demi kejayaan impianmu
melakar sejarah hidup satu-persatu

dia, insan ilhamku
menebar semangat dalam setiap kalbu
baik buat keluarga mahupun insan sekitarmu
pengorbanan tak pernah jemu

kini,
tiba hari bahagia
28/09/2012...
kau pikul satu tanggungjawab baru
lafaz sakinah itu, menjadi saksi cintamu
demi mengikuti sunnah Rasulullah
menggapai redha Allah
moga kau berbahagia selalu
dengan berkat daripada Rabbmu..

Allahuma amiiin....


#sempena majlis pernikahan abang saya satu-satunya...#
28/09/2012 (Akad Nikah)
29/09/2012 (Walimah)
@ Selangor


No comments:

Post a Comment